Thursday, March 24, 2011

Seindah akhlak Muhammad SAW~

Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Di waktu pagi ini,, terdetik di hati ana akan keindahan akhlak Rasulullah SAW.. Keindahan yang dikurniakan Allah.. Dilahirkan dalam keadaan tidak mempunyai seorang ayah bukanlah bermakna Baginda akan terus mundur dalam kehidupannya.. Kehilangan seorang ibu di waktu muda tidak bererti Baginda harus terus menamatkan riwayat hidupnya.. Walaupun beribu ujian yang datang menimpa,, demi memikirkan nasib kita,, ummatnya di akhir zaman,, Baginda terus menguatkan kaki menyebarkan dakwah tentang agama suci ini.. Kembali mengingati saat - saat Baginda di muka Bumi ini cukup membuktikan betapa kasih dan cintanya pada kita yang masih hidup tika ini.. Kalimah ' Ummati, Ummati, Ummati. ' terus meniti di bibir insan istimewa itu.. Bukan nama isteri yang dikasihinya, bukan nama puteri yang amat dicintainya tetapi nama ummatnya yang kini seolah-olah lupa akan ajaran yang dibawa oleh Kekasih Allah itu..Kita mengatakan diri yang khilaf ini mencintai Rasulullah dengan segenap hati, , tetapi mengapa kita masih menjauhkan diri dari ajarannya.. Mengapa setelah kita terjatuh,, baru terfikir akan akibatnya ke atas diri..

Kita sering melihat,, di zaman ini,, pabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu,, budaya barat akan dijadikan tumpuan terlebih dahulu.. Mengapa kita tidak melihat kehidupan Muhammad SAW yang lebih indah dari segala kehidupan di saat ini.. Kita berbangga pabila kita punya segala kemewahan dunia,, tetapi kita tidak pernah terfikir,, betapa manusia agung itu dahulu telah bersusah payah,, bahkan sanggup berlapar hanya kerana ingin memastikan dirinya tidak menggunakan harta yang bukan miliknya..Malangnya kita kini semakin jauh dari jalan yang dibawa oleh Rasulullah. Semakin hari,, semakin kita alpa. Membiarkan keindahan dunia yang sebentar mengaburi mata... Ana teringat sepatah kata indah,,

"Andai dikau ingin melihat bagaimana keadaan sesebuah negara itu,, maka lihatlah para pemudanya. "

Mari kita kembali melihat sekeliling kita,, apakah tenaga pemuda yang ada kini makin menegakkan syiar Islam atau makin menjatuhkan Islam?? Tanya diri kita,, sebagai salah satu tenaga muda dalam agama suci yang datangnya dari Allah ini,, apakah yang sudah kita sumbangkan kepada agama ini? Apkah kita sudah memberi sesuatu atau kita langsung tidak pernah menghulurkan sebarang sumbangan kepada agama kita ini??? Menangis diri ini tika memikirkan,, andai Izrail datang mengambil kembali diriku untuk dibawa berjumpa dengan Rabb nya,, apa yang akan ku perkatakan? Apakah jawapn ku nanti akan menjadi penghalang buat diriku daripada dicampak ke Neraka JahanamNya,, atau jawapan ku itu nanti yang akan menyebabkan aku menangis meratapi dosa-dosa yang pernah aku lakukan..

Wahai pemuda pemudi Islam,, mari sama-sama kita bangkit, bersama menjadikan Islam itu kembali mekar di serata pelusuk dunia. Biarkan Islam itu terus berkembang kerana keindahan yang adanya.. Ayuh kita kerah tenaga yang dikurniakan Allah,, membuka mata semua pihak bahawa agama ini bukanlah agama yang menjadikan kebencian sebagai pegangan tetapi Kasih Sayang yang dijadikan landasan setiap tingkah laku.. Moga dengan segala yang kita lakukan ini,, disaat nyawa diambil,, kita akan pergi dalam keadaan yang baik, dan kita akn dapat bertemu dengan Kekasih Allah di Sana kelak.. insyaAllah..

'Apabila saf2 di masjid dipenuhi orang tua, itu pemandangan yg sgt biasa tetapi

apabila masjid mula terisi dgn saf2 pemuda, itu tandanya syiar Islam kian mekar dan

berakar'.

No comments: