Thursday, April 7, 2011

Ya Allah, aku rindukan dia..

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Menciptakan Rasa Kasih dan Cinta dalam diri ini.

Alhamdulillah, ana masih diberikan nikmat sebagai seorang Khalifah di muka bumi. Pagi yang sunyi membuatkan hati ana mula merindukan dia. Agamanya sudah cukup membuatkan ana jatuh cinta. Ana tahu dia lengkap segalanya, malahan ramai yang turut menyayangi dirinya. Ana tak punya apa-apa andai dibandingkan dengan wanita lain yang turut mencintai dirinya. Hidupnya yang sederhana membuatkan hati ana makin terpaut. Membuatkan ana rasa rindu sepanjang masa. Siapakah lelaki hebat itu? Dia adalah.... Rasulullah SAW.. Malam ini, ana mahu mengajak sahabat-sahabat ana, mari kita kembali ke zaman gemilangan Islam dahulu, tika Rasulullah masih ada di samping sahabat-sahabat baginda untuk sama-sama berjuang menegakkan agama.

Kehidupannya bermula dengan kehilangan ayahanda tercinta. Si kecil yang sepatutnya mendapat kasih sayang dari ayah dan ibu sejak kecil itu cuma mempunyai cinta ibu. Kehidupannya langsung tidak dikelilingi kemewahan dunia. Tapi itulah yang mengajarnya erti hidup sebagai seorang yang tahu erti pengorbanan. Disaat remajanya, dia tidak pula membiarkan nafsu menguasai dirinya, tapi dia terus bekerja, berdagang sehingga bertemu jodohnya bersama Khadijah ra. Akhlaknya, keikhlasannya membuatkan dirinya lebih dihormati. Apabila dilantik oleh Allah untuk menyampaikan ajaran Islam pada seluruh umat manusia, dia tidak mengeluh apatah lagi mengutuk atas amanah yang diberikan. Dalam perjuangan, dia tahu Allah itu sentiasa bersama. Walaupun dikutuk, dicaci, diancam bunuh, tapi itu bukan bermakna, kalimah لا إله إلا الله perlu disembuyikan malah diabaikan. Kehilangan zaujah tercinta tidak menghalang diri baginda untuk terus menyebarkan dakwah kerna dia tahu Allah itu Ada bersamanya. Selepas jutaan ujian ditempuh, akhirnya Islam itu berjaya disebarkan, tetapi tika itu Allah sudah mengutuskan Izrail untuk menjalankan tugasnya. Menjemput kembali kekasihNya, Muhammad SAW untuk kembali pulang ke pangkuanNya. Disaat itu, menangis si puteri tercinta tak mampu menghalang takdir yang telah ditetapkan. Di saat nyawa di penghujungnya, bukan kalimah cinta kepada Aisyah mahupun Fatimah yang dikata, tetapi " Ummati, Ummati, Ummati ".. Itulah kata yang membasahi bibir manusia terpilih itu. .

Tapi lihatlah diri kita kini. Apakah kata cinta kita kepada Rasul Allah itu benar dari lubuk hati atau ia cuma mainan lidah yang akan dilupakan? Kita melaungkan kata cinta pada kekasih Allah itu, tapi pabila kita diuji, tak pernah kita kembali kepada Al Quran dan As Sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda. Mungkin kini, Rasulullah sedang memerhatikan ummatnya, dan mungkin baginda sedang menangis pilu melihat kita makin leka dari sehari ke sehari. Seolah-olah peringatan yang Allah berikan cuma dipandang tanpa diambil sebarang pengajaran daripadannya. Wahai diri, sedarlah, umurmu cuma sebentar. Jangan difikir tentang dunia semata, kerna mungkin dalam sesaat lagi kau akan kehilangan dunia dan bersiap untuk menempuh perjalanan yang panjang di alam barzakh sebelum engkau dihitung amalanmu dan seterusnya di mana tempat tinggal mu buat selamanya. Syurga atau Neraka.....

Demi hidupmu, kekayaan tidak ada gunanya.
Ketika nyawa mahu keluar dan dada sesak.
( ucapan Siti Aisyah pada saat Abu Bakar sedang nazak. )

No comments: