Sunday, May 8, 2011

sampai hati kamu!!

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Alhamdulillah. Kita masih lagi bernafas hingga kini sejak dari kita dilahirkan dari rahim wanita berani itu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah sebab Kau kurniakan kami ibu yang sanggup melahirkan anaknya ini ke dunia yang indah ini. Terima kasih ya Rahman. Buat ibu ana, permaisuri hati anaknya ini selamanya, Puan Bedah binti Lee Meng@Osman, " Selamat Hari Ibu ".. Jika kita menyelak kembali lembaran Al Quran, kita akan temui ayat-ayat yang menyuruh kita menghargai dan menjaga ibubapa kita.

Ibu~ Seorang wanita lemah tapi sanggup mengorban nyawa untuk melahirkan zuriat buat suami tercinta dan penyambung warisan keluarga seterusnya menjadi khalifah yang sentiasa menjadikan Allah tempat dia berserah. Walaupun ribuan kesakitan dan kepahitan si anak lemparkan kepadanya, si ibu terus menerima kerna dia tahu itu anaknya yang telah dia kandung 9 bulan lamanya. Tapi kita, si anak yang hanya tahu meminta tanpa mencuba untuk menyelami rasa sedih mahupun pilu di hati ibu. Si anak yang hanya tahu mendesak agar kemahuannya dipenuhi tanpa memikirkan kesulitan yang sedang dihadapi oleh ibu. Di saat susah, kita kembali sujud di kaki ibu, tapi dikala senang, kita letakkan ibu di tepi. Pandangannya kita sisihkan seolah nasihatnya itu tidak bernilai. Ya Allah, betapa kejinya hati kami yang sanggup mengabaikan ibu yang telah Kau jadikan untuk menjadi penenang di saat kami terduduk kecewa, menjadi teman di kala sunyi, menjadi sahabat berkongsi rasa. Betapa kejamnya kami yang sanggup meminta pertolongan orang lain untuk menjaga ibu diwaktu tua nya tanpa kami fikirkan betapa susahnya ibu untuk menjaga kami disaat kecil yang waktunya hanya dipenuhi dengan tangisan untuk meminta susu yang keluar dari tubuh si ibu. Ya Allah, Kau ampunilah kami, anak yang ada kalanya lupa akan jasa seorang yang bernama ibu itu. Ampuni kami ya Rahim!!

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. "
(SURAH AN-NISA 4 ; 36)

Jika kita melihat, kebanyakan ayat Al Quran antaranya :

  • Surah Al-Nisa 4 : 36
  • Surah Al-An'am 6 : 151
  • Surah Al-Isra' 17 : 23

Kita membaca terjemahannya, setiap ayat tersebut menyuruh kita mentaati Allah SWT, dan ayat itu diikuti dengan suruhan untuk menghormati ibu dan bapa. Lihat betapa pentingnya untuk kita menghargai dan menghormati serta menjaga ibubapa kita terutamanya si ibu yang telah melahirkan kita sampaikan suruhan untuk menghormati mereka diselitkan bersama-sama suruhan untuk mentaati Allah yang Telah Menciptakan. Subhanallah. Walaupun begitu, masih ramai dalam kalangan kita yang terus leka dengan tanggungjawab sebagai anak. Sedangkan dalam hadis Nabi sendiri, kita tidak boleh mengatakan perkataan 'ah' kepada mereka. Andai kita sedang melakukan solat sunat, dan dalam masa yang sama ibu memanggil kita, kita disuruh untuk berhenti solat sunat dan menyahut dahulu panggilan ibu. Lihatlah betapa pentingnya ibu. Doanya sahaja sudah mampu mengubah hidup si anak. Tapi kita kini, apabila menghajati sesuatu, kita sanggup pergi meminta agar orang yang ingin mengerjakan haji mahupun umrah untuk mendoakan kita tapi ibu? Kenapa kita tidak meminta agar si ibu tercinta yang mendoakan kita?

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Dedikasi buat ibu tercinta
Pn Bedah Osman

Bismillah
dengan Nama Allah yang Maha Pengasih
apa khabar ibuku?
apakah kau kini sihat?
atau kau menyembunyikan kesakitanmu untuk menjaga hati anakmu ini?
Ibu,
diri ini sedar betapa selama ini aku pernah mengabaikanmu,
betapa diri ini hina kerna telah melalaikan tanggungjawabnya sebagai anak.
aku tahu kau terluka dengan sikap anakmu ini.
Aku tahu jauh dilubuk hatimu kau terasa.
Ampunilah anakmu ini wahai ibu.
Andai diberi pilihan, aku mahu memutarkan kembali masa, agar aku dapat sujud dikaki mu dikala aku melakukan kesalahan keatas dirimu.
tapi aku tahu masa itu tak mungkin kembali.
berikanlah anakmu ini peluang untuk kembali menyayangi dirimu, kembali berkongsi segalanya dengan dirimu kerna aku tahu aku tidak akan mampu menghadapi dunia ini andai doamu tiada disampingku selama ini.
Anakmu ini amat menyayangi dirimu kerna kaulah yang dipilih Allah untuk melahirkan ku kedunia.
Alhamdulillah

No comments: