Saturday, September 24, 2011

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Pertamanya ayuh kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur pada Allah yang telah menciptakan kita atas segala nikmat yang masih dipinjamkan kepada kita hingga saat ini. Alhamdulillah.. Rasanya kini ana semakin jarang menari jari di atas blog ini. Bukan ingin melupakan blog serta perkongsian ilmu serta kata-kata dengan para sahabat di alam maya tetapi diri ini sibuk dengan urusan yang lainnya,, makanya seribu kemaafan ana minta dari sahabat-sahabat yang mungkin ada segelintirnya kerap menjenguk ke blog yang tak seberapa ini. Asif...

Minggu ini bermulanya minggu ' final exam ' buat ana dan sahabat-sahabat di kampus UIA, Petaling Jaya. Masing-masing asyik memenuhkan masa dengan belajar dan sebagainya. Alhamdulillah. Moga kejayaan itu akan diberikan kepada kita kelak. InsyaAllah. Walaupun minggu peperiksaan akan berjalan tidak lama lagi tetapi kebun ilmu masih dijalan dengan giatnya. Talaqi, talk masih ada. Alhamdulillah. Terasa nikmat.. Walaupun fizikal dikerah tetapi rohani masih dijaga.. Alhamdulillah.. Melihat timbunan buku yang dibeli ( beransur-ansur ),, ana kembali terfikir, " bila nak dibaca semua ni? " Ya Allah, apakah hambaMu ini sudah melakukan satu pembaziran? " Moga dijauhkan dari segala sifat yang dibenci Allah.. Kesempatan waktu yang diebrikan Allah membuatkan ana sempat menjenguk sebentar ke blog sahabat-sahabat fillah yang lain.. Kebanyakan masih memberikan kata-kata hikmah serta perkongsian yang membuatkan ahati ini kembali terasa terhibur, dipujuk serta menghilangkan kerisauan yang sedang memenuhi diri.. Alhamdulillah.. Ada juga sahabat yang menulis tentang aurat, tentang pernikahan, khitbah, dan sebagainya.. Ana ingin berkongsi satu ayat yang ana terbaca di sebuah buku,,

" Andai inginkan kebahagiaan setahun, semailah benih, andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok, dan andai inginkan kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia. "
( Pepatah Cina )

Diakhir pepatah itu disebut, " didiklah manusia! " Ana jadi terfikir, mengapa pepatah itu menyebut, " jika ingin kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia. " ? Makanya ana ingin kita sama-sama bermuhasabah sebentar, melihat kembali kesilapan dan kelompangan ilmu di dalam diri kita sebagai seorang manusia atau dengan kata lainnya,, SEORANG KHALIFAH!!! Manusia itu ciptaan Allah yang hebat, malahan syaitan laknatullah itu dahulunya disuruh sujud tatkala manusia pertama telah dicipta iaitu Nabi Adam.. Setelah dahulunya Rasulullah bersusah payah menegakkan Islam di muka Bumi, kini kita sebagai manusia yang hebat ini kembali menjatuhkannya.. Mungkin kita sedar kita sedang menjatuhkannya atau kita sengaja memejam mata dari melihat kejatuhan itu.. Istighfar!! Kita mempunyai ilmu yang tinggi, gelaran di hadapan nama lebih panjang dari nama kita sendiri tetapi ilmu agama yang kita peroleh sejak kecil itu cukup sekadar kita lulus peperiksaan. Istighfar!! Kita selalu mengatakan, " aku sudah ada didikan yang tinggi!! " tetapi berapa ramai dari kita yang mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya?? Contohnya mudah, kebanyakan dari kita belajar solat sejak dari kecil, tetapi apabila telah dewasa, berapa ramai yang dahulunya belajar tentang solat masih kukuh dengan pendirian bahawa solat 5 waktu sehari semalam itu adalah wajib dan tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali? Kita sering mengatakan bahawa zina itu haram, tetapi berapa ramai dari kita yang masih mendekatkan diri dengan zina?

Akhir-akhir ini, ana berkesempatan pergi ke satu kem. Entah mengapa saat duduk bersama adik-adik peserta, Allah mentakdirkan lidah ini laju menuturkan kata-kata. Subhanallah. Kuasa Allah itu tiada siapa yang tahu bila dan bagaimana ia ingin hadir. Kita berani mengatakan ber'couple' itu haram, tetapi berapa ramai yang berani mengatakan pada sahabatnya yang sedang bermadu kasih dengan yang tidak halal buat dirinya bahawa apa yang sedang dilakukannya itu adalah salah disisi Islam? Sahabat ana yang berkesempatan mengikuti ekspedisi cegah maksiat baru-baru ini ada mengatakan pada ana,, " kebanyakan anak Melayu!!"
Jika kita melihat anak bangsa kini sudah tidak malu melakukan sesuatu yang salah disisi Islam itu dengan terbuka, bagaimana anak bangsa kita di masa yang akan datang? Mungkin kita tidak dapat melihat Neraka, tetapi cukuplah kita mengingatkan diri kita dengan kejadian alam yang dikirimkan Allah kepada kita sebagai satu peringatan bahawa dunia ini semakin tua. Akhirat itu semakin dekat bukan semakin menjauh! Maka peringatkan diri kita bahawa setiap amalan itu walau sekecil mana pun akan diambil kira, tidak kira baik atau buruk. Wallahua'lam...

Mungkin kesilapan kita termasuk diri ana yang banyak khilaf ini adalah kita menganggap didikan itu adalah dengan belajar ilmu dunia, fizik, kimia, programming dan sebagainya hingga kita lupa bahawa ilmu yang akan menjadi peneman buat kita hingga kita berada di hadapanNya kelak. Kita menganggap ilmu dunia yang penuh di dada itu sudah cukup untuk menjadi kita seorang yang sudh terdidik dengan sempurna. Pada pandangan ana, seorang yang telah terdidik itu adalah orang yang tidak pernah jemu belajar ilmu dunia dan akhirat, dan bukan sekadar belajar tetapi ia turut mengamalkannya dalam kehidupan.. Wallahua'lam...

" Jika engkau ingin melihat wajah dunia di masa akan datang, maka lihatlah para pemuda pemudinya di masa kini! "

No comments: