Monday, September 26, 2011

bitaufiq wannajah..

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..Kini ana dan para sahabat sudah mula memulakan langkah untuk menghadapi ujian sebagai seorang pelajar.. Debaran itu masih terasa walaupun sudah lebih setahun ana menghadapi ujian-ujian seperti ini. Moga dipermudahkan Allah.. InsyaAllah.. Bermula dari hari pertama, bilik ana tidak pernah putus dikunjungi sahabat-sahabat fillah yang lain. Alhamdulillah. Ukhuwah juga makin erat. Ada yang dahulunya tidak ana kenali tetapi saat menjelangnya minggu ' final exam ', ana semakin mengenali mereka. Kadang kala ana terfikir, " mungkin ini caranya Allah ingin aku mengenali orang sekelilingku.. Subhanallah.. ".. Kehidupan ini tidak pernah putus untuk ber'ta'aruf' sesama manusia. Setiap muslim itu adalah bersaudara.. Akhir-akhir ini juga, ana semakin suka mendengar lagu-lagu arab. Entah kenapa, walaupun tidak mampu memahami sepenuhnya tetapi terasa seolah diri ini dipujuk-pujuk dengan susunan ayatnya yang cukup indah. Subhanallah. Macam itu jugalah Al Quran.. Bahasanya yang cukup indah membuatkan setiap dari kita yang membacanya pasti akan merasai satu ketenangan.

InsyaAllah. Bahasanya yang tersusun rapi, tiada secalit kesilapan pun dalam susunannya. Subhanallah. Itulah ayat yang datang dari Allah SWT..

' Katakanlah (wahai Muhammad): " Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. "
( Al Israa' 17 ; 88 )

Mungkin juga ada dalam kalangan sahabat ana yang mulai diserang penyakit " takut " yang melampau, ataupun diserang perasaan kecewa kerna tidak dapat menjawab sesetengah soalan, maka yakinlah pada janji-janji Allah kerna kita telah berusaha dengan semaksimum mungkin, maka jawapannya biarlah Allah yang Tentukan. Bukankah Allah itu telah mengatakan bahawa pertolongan sentiasa hampir dengan kita yang sentiasa mengharapkan bantuanNya? Janganlah kita biarkan syaitan laknatullah itu menggoyangkan keyakinan kita pada janji Allah itu kerna syaitan itu amatlah tidak menyukai hamba-hambaNya yang sentiasa bergantung harap pada Allah SWT.

' Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka itu beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.'
( Al Baqarah 2;186)

Janganlah kita menyalahkan takdir apabila kita melakukan kesalahan. Mungkin kesalahan itu datangnya sebab kesalahan dan kekurangan diri kita sendiri. Mungkin ada kita akan gentar apabila sahabat-sahabat yang lain mula mengatakan ' exam Mathematics 3 susah!! " Maka saat itu panjatkanlah doa padaNya agar kita mampu untuk mengharungi ujian kecil ini. Ini baru ujian dunia belum lagi ujian akhirat yang Maha Hebat lagi Menakutkan bagi yang tidak bersedia dengan amal yang mencukupi. Istighfar!!

' Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang (dengan pelbagai cubaan). Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata : " Bilakah datangnya pertolongan Allah? " Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. '
(Al Baqarah 2; 214)

Buat semua sahabat-sahabat fillah ana, tidak kira walaupun kita cuma kenal di alam maya, ayuh kita sama-sama kuatkan kaki, kukuhkan langkah untuk mengharungi ujian.. Buat para sahabat di UIA, PJ dan NILAI,, bitaufiq wannajah fil imtihan.. Moga kejayaan itu milik kita bersama. InsyaAllah.. Impian kita adalah kejayaan dunia dan akhirat.. InsyaAllah.. Islam itu Indah~

p/s : tukar lagu blog sekejap.. dengar lagu arab jom. Nanti ana letak balik lagu Saat Lafaz Sakinah ye ^__^

No comments: