Thursday, September 29, 2011

jangan hanya mengharap..

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah,, segala puji buat Allah SWT yang telah mengurniakan segala nikmat buat diri ini dan semua makhlukNya.. Alhamdulillah,, terima kasih Allah.. " Jangan hanya mengharap. ".. Mengapa tajuk post ana begitu? Apa maksud disebalik sebaris ayat yang cukup ringkas itu? Setiap manusia itu pastinya mempunyai harapan. Harapan untuk menjadi anak yang soleh wa solehah, harapan untuk mendapat CGPA yang cemerlang, harapan untuk mendapat zauj yang soleh, dan pelbagai lagi harapan. Tidak kurang juga ada dalam kalangan kita yang memasang harapan yang disandarkan pada insan lain. Sebagai contoh harapan untuk melihat seorang sahabat baik menjadi lebih baik sifatnya, harapan melihat orang lain mengubah perangainya, dan pelbagai lagi harapan. Kita sering mengatakan " aku harap aku akan dapat itu dan ini! " Kita hanya mengatakan harapan yang sebesar gunung tetapi persoalannya berapa jauh langkah yang telah kita lakukan untuk mencapai apa yang kita harapkan? Ana ingin berkongsi sepotong ayat yang pernah dilafazkan oleh seorang akhi,

" Kita sering memikirkan harapan kita pada orang lain tetapi kita tidak pernah memikirkan apa harapan orang lain pada diri kita! "

Ana cuma ingin kita merenung sesuatu. Muhasabah itu amat berguna buat diri yang semakin leka. Moga apa yang ditaipkan oleh diri ini bukan setakat dikongsi bersama tetapi semoga ia membuatkan kita bersama merenung kembali diri kita yang hidupnya entah tinggal sedikit mana lagi sebelum berjumpa dengan Penciptanya.. Alhamdulillah, sebentar tadi diri ini didetikkan oleh Allah untuk melihat ke page "Facebook". Entah mengapa ana tertarik dengan satu link yang diletakkan di " wall " ana. Bercerita tentang Rasulullah, seorang manusia hebat yang telah diciptakan Allah untuk menyampaikan ajaran Islam. Mari kita kembali mengingati..
Dahulunya Baginda bersusah payah untuk memastikan agar Islam itu bukan sekadar hadir dan hilang begitu sahaja,, tetapi segala kudrat yang ada dikerah agar Islam itu dapat ummatnya kecapi saat ini. Kembali pada diri kita, kita sering MENGHARAPKAN agar satu masa kita dapat berjumpa dengan Baginda ( Nabi Muhammad SAW ), tetapi apakah kita pernah memikirkan harapan Baginda pada diri kita iaitu ummatnya agar terus memastikan Islam itu tersebar (dengan sebenar-benarnya) ? Bukankah saat ini kita melihat, dunia ini semakin tua, dipenuhi dengan dosa yang dibuat oleh manusia itu sendiri. Bukankah tangan manusia itu sendiri yang telah menzalimi dirinya? Itulah manusia.. Hanya tahu mengharap tetapi tidak pernah cuba memikirkan cara untuk mendapatkan harapannya.. Contohnya mudah,, semua dari kita mengharapkan Syurga,, tetapi berapa ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi melayakkan dirinya dicalonkan sebagai salah seorang ahli syurga Allah yang Maha Indah itu?

Ana pernah terbaca dari sebuah buku yang ditulis oleh Akhi Hilal Asyraf. Apa yang menarik ialah bagaimana kita di zaman ini kadang kala sering menggantung harapan kita pada selain Allah.. Bukankah apabila kita mengharapkan sesuatu itu, setelah berusah ( bersungguh-sungguh), maka gantungkan pengharapan kita hanya padaNya.. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim. Saat Nabi Ibrahim dibaling ke dalam api, maka Allah menghantar Jibril a.s untuk memberi bantuan. Tetapi apa yang diperkatakan oleh Nabi Ibrahim pada Jibril? Apakah Nabi Ibrahim mengatakan, " tolonglah aku wahai Jibril!! "?? Bukan!! Nabi Ibrahim melafazkan ayat :

" Kalau pertolongan daripada engkau wahai Jibril, maka aku tidak memerlukannya. Cukuplah Allah sebagai Pemberi pertolongan kepadaku. "

Saat kita mengharapkan pertolongan Allah, dan Allah menangguhnya, kita sering kali mengeluh.. Mengeluh dan mempersoalkan bilakah akan datangnya pertolongan dari Allah itu. Allah telah menjanjikan bahawa Dia dekat, maka bersabarlah wahai diri.. Pertolongan itu pasti akan tiba.

" Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jualah yang menganiayai diri mereka sendiri. "
( Yunus 10 ;44)

Allah tak pernah rugi bilamana kita meminggirkanNya, tetapi ingatlah bahawa kita yang pastinya akan rugi bilamana kita meletakkan Allah di tempat yang kedua.. Jangan jadikan harapan kita untuk ke Syurga hanya sekadar angan-angan kosong, tetapi ayuh kita jadikan ia sebagai pendorong untuk kita terus menerus menjejaki sebnyak mungkin pahala untuk mencapai Jannah yang diimpikan oleh setiap makhluk ciptaanNya. Wallahua'lam..

No comments: