Wednesday, August 1, 2012

Apa ada dengan 313?

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

" Ya Allah, jika Kau jadikan pihak Islam kalah dalam peperangan ini, maka Kau tidak akan disembah selamanya. "
( Doa Rasulullah S.A.W )

Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W. Terlampau lama ana biarkan blog ini sepi tanpa sebarang 'post' yang baru. Tetapi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, ana ingin mengambil peluang ini untuk menulis untuk mengisi masa lapang yang ada. Ana juga ingin mengucapkan ' Salam Ramadhan ' buat semua sahabat-sahabat yang sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini. Moga Ramadhan kali ini adalah lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas.

Memandangkan sekarang adalah bulan Ramadhan, jadi apa kata andai kita berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan Ramadhan? Ana tertarik dengan persoalan yang pernah dibangkitkan oleh seorang sahabat ana (moga Allah merahmati beliau), 

" Ummu, kamu rasa ada tak sejarah Islam yang berlaku pada tarikh yang sama dengan hari ini? " 

Soalannya mudah. Cukup mudah. Tapi adakah kita mengetahui jawapannya? 

Perang Badar.. Masih ingatkah kita akan perang yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini? Masih ingatkah kita akan satu peperangan dimana jumlah musuh berkali ganda dari tentera Islam? Masih ingatkah kita akan satu sejarah peperangan dimana Allah menurunkan bala tenteraNya yang terdiri dalam kalangan Malaikat? Apakah masih kita ingat? Atau kita sudah membuang jauh sejarah itu?

313 itu adalah bilangan tentera Islam yang turut bersama dengan kekasih Allah itu, Nabi Muhammad S.A.W. Mereka tanpa gentar walaupun kekurangan persediaan, tetap turun menuju ke medan juang. Allah. Hebatnya semangat para sahabat! Ana tertarik dengan kata-kata yang ditulis di web 'IluvIslam '. 

" Jika kita fikirkan secara logik, jumlah tentera seramai 313 orang tidak mungkin mampu untuk melawan jumlah tentera musuh seramai 1000 orang! Tetapi dengan bantuan Allah, maka tentera Islam telah menang. "

Tahap keyakinan yang amat tinggi kepada Allah, telah menyebabkan kemenangan itu diperoleh. Maka, apa kaitannya Perang Badar ini dengan kita di saat ini? 

Terlampau banyak ibrah dan pengajaran yang mampu kita ambil dari kisah Peperangan Badar  ini. Antaranya bagaimana keyakinan yang tinggi kepada Allah, dan usaha serta doa yang tidak putus membuktikan bahawa sesetengah perkara yang kita fikirkan seolah tidak logik pada akal manusia mampu terjadi dengan berbekalkan semua ini. Allahuakbar!

Jadi kini, bagaimana tahap keyakinan kita kepada Allah? Apakah semakin menggunung atau semakin menjunam? 

Baru-baru ini ana sempat mendengar kuliah daripada seorang ustaz ( moga Allah merahmati beliau, Allahumma amiin ), beliau sempat berkata, 

 " Perang Badar itu terjadi dalam bulan Ramadhan. Maka dalam bulan Ramadhan ini, ayuh kita bersedia untuk Peperangan Badar! "
( Ustaz Nik Abduh )

Kita tidak perlu turun ke medan juang, mengangkat pedang untuk menentang musuh. Tetapi dalam bulan yang mulia ini, ayuh kita lancarkan perang ke atas nafsu kita sendiri! Musuh terbesar kita saat ini adalah nafsu! Ianya perlukan kawalan bukannya sebuah kebebasan!

Kita masih belum terlambat. Masih ada ruang masa untuk kita lakukan perubahan. Ayuh kita berlumba untuk mengejar dan meraih cintaNya. Jom kita berangkat untuk Peperangan Badar!!

 Malaikat Jibril datang bertanya kepada Rasulullah S.A.W ,
" Apakah kedudukan ahli Badar di kalangan kamu? "
Rasulullah S.A.W berkata , 
" Mereka adalah yang terbaik dalam kalangan kami. "
Jibril berkata ,
" Begitu juga para malaikat yang menyertai Badar , mereka adalah yang terbaik dalam kalangan Malaikat. 

" Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya"
(ayat  123  surah Ali Imran)

No comments: