Friday, December 14, 2012

buat dia..

Bismillah... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, hari ini diberi kekuatan untuk menulis setelah sekian lama mencari kekuatan untuk menulis,menulis tetapi akan berhenti setengah jalan. Allah....

Hari ini, ana ingin berkongsi mengenai persahabatan. Persahabatan itu boleh terjalin dengan pelbagai cara. Ada orang yang berkawan dengan insan yang lain kerana mereka teman satu sekolah. Ada juga yang berkawan kerana dikenalkan oleh orang lain, dan ada juga yang bersahabat hanya kerana mereka berkawan di 'Facebook'. Tapi bagi ana sendiri, persahabatan itu adalah salah satu nikmat terbesar yang dikurniakan Allah. ~Ukhuwah~

Menjadi kebiasaan apabila di dalam persahabatan itu akan berlakunya salah faham. Maka hari ini, ana ingin menulis dan memohon maaf buat semua sahabat-sahabat ana di luar sana, andai mereka terbaca warkah ini, ketahuilah bahawa mereka semua sentiasa ada dalam hati ini..

~ Assalamualaikum. Moga kamu dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati olehNya. In shaa Allah. 

" Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak sanggup mencari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehnya."

Mungkin saat ini, ana adalah insan yang tergolong dalam golongan 'orang yang paling lemah' itu kerana telah mensia-siakan sahabat yang ana peroleh. Ketahuilah sahabat, setiap tingkah laku yang diri ini lakukan untuk persahabatan ini, akan sentiasa memikirkan kesannya pada diri kalian, cuma mungkin ada masanya diri ini lebih mementingkan kepentingan diri. Mungkin juga ada masanya diri ini lupa akan perlunya melebihkan kamu dari diri ini sendiri.

Mungkin perbuatanku melukakan hatimu, maka maafkanlah diri ini. Mungkin juga kamu banyak bersabar dengan percakapanku, maka jujurlah denganku bila kamu tidak selesa dengan lontaran bahasaku. Disaat persahabatan kita diuji, mungkin kamu melihat diri ini lebih banyak mendiamkan diri selepas mengetahui realitinya. Kamu melihat aku tersenyum tapi ketahuilah sahabat, aku sedang mengkaji diriku. Bukan aku ingin menjauh, bahkan rinduku pada persahabatan kita, kasihku pada ukhuwah yang dijalinkan membuatkan aku mengambil jalan untuk menyepi dahulu, maka fahamilah sahabat, saat itu aku bukan menjauh darimu.

" Sahabat sejati adalah mereka yang dapat berkata benar denganmu, bukan orang yang dapat membenarkan kata-katamu. "

Terima kasih sahabat kerana kamu memberitahu kebenarannya padaku selama kita bersahabat. Saat itu hanya Dia yang tahu tahu betapa aku turut menyesali perbuatanku. Diri ini tidak mahu persahabatan yang terjalin hanya untuk di dunia, kerana matlamatku agar persahabatan ini akan tetap utuh hingga ke Jannah-Nya. Ingatkah kamu akan kisah dua orang sahabat yang sedang menghadapi sakaratulmaut di medan perang? Tatkala kedua-duanya dahagakan air, mereka saling mengutamakan sahabat yang seorang lagi untuk minum terlebih dahulu, dan akhirnya keduanya meninggal tanpa sempat minum air tersebut.

" Bila orang merasakan dirinya besar, dia lupa akan salahnya, hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya. "

Aku tidak mahu menjadi sahabat yang selalu lupa untuk melihat kesilapan dirinya sendiri. Maka tegurlah aku, kerana aku inginkan sahabat yang benar kata-katanya, bukan sahabat yang membenarkan kata-kataku. 

Sahabat, maafkan diri ini andai mula menyepi. Sungguh kamu masih dalam hati dan doaku. In shaa Allah ~ 

Buat semua sahabat ana, maafkan andai ana ada terbuat salah, tanpa sedar atau sedar. Maafkan ana andai ada penulisan, bahasa, atau tingkah laku yang mengguris hati kalian. Moga kita semua sentiasa dalam rahmatNya.. Amiin...

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat. 

No comments: