Thursday, December 27, 2012

aku cinta kamu

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ini masih diberi peluang dan ruang olehNya untuk menulis di blog yang telah lama tidak diupdate. Maaf buat sahabat yang mungkin ada menjenguk ke blog yang tak seberapa ini tapi masih tiada post yang terbaru..

"Jika kita diminta untuk memilih satu perasaan untuk dimiliki, pastinya kita akan memilih CINTA."

Kalau kita cakap perkataan cinta, ana cukup pasti kebanyakan dari kita akan tersenyum sipu. Tak perlu lagi dibincang maksud perkataan tersebut kerana maksudnya luas. 

  • Cinta kepada Allah dan Rasulullah
  • Cinta kepada ibubapa
  • Cinta kepada saudara seagama
Sebenarnya cinta ini banyakkan. Kalau dikatakan cinta , semestinya ianya akan disertai dengan kasih dan sayang. 

Ana rasa kebanyakan dari kita sudah faham bagaimana cinta kepada Allah dan Rasulullah, Cinta kepada Ibubapa, tetapi bagaimana dengan cinta kepada Saudara seagama? Siapa dia saudara seagama tu? 

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda :
" Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian daripada kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara buat muslim yang lain ; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya ( dalam kehinaan ), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu ada disini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya 3 kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim keatas muslim yang lain, haram darahnya, hartanya dan juga maruah dirinya."
( Riwayat Imam Muslim )

Kita adalah saudara dengan muslim yang lain. Mungkin ada dalam kalangan kita, yang apabila melihat mereka yang miskin, akan mula berkata,

" selamat mak ayah aku kaya! "

tapi sedarkah kita andai mereka yang miskin itu adalah muslim, maka mereka adalah saudara kita. Mungkin bukan saudara seibu , seayah, sepupu atau sebagainya tetapi mereka masih saudara kita, SAUDARA SEAGAMA..
Begitu juga buat saudara kita di Gaza, Palestin. Tempat mereka jauh beribu batu dari kita di Malaysia, tapi bukankah andai kita sedar mereka adalah saudara kita, isu itu akan mendapat tempat di hati kita? Bukankah dengan kesedaran bahawa kita ada talian persaudaraan dengan mereka itu akan membuatkan kita tidak menyokong sebrang usaha yang akan memusnahkan tanah air saudara seagama kita sendiri?

Sahabat ana pernah ditanya,  

" Kenapa awak tak nak makan McD ni? "
" Saya boikot! "

Ana pernah bertanya kepada seorang insan mengenai isu boikot, tapi jawapan yang diberikan cukup mengecewakan.

" Buat apa nak boikot! Rugilah! Makanan tu semua sedap-sedap! "

Allah. Andai alasan makanan sedap menyebabkan kita membeli makanan-makanan tersebut, dan menjadi penyumbang kepada mereka yang membunuh saudara seagama itu, maka dimana tahap penilaian iman kita? Bukan hak ana untuk melabel seseorang itu imannya lemah , tapi andai kita sanggup menjadi penyumbang ( walaupun sedikit ) kepada musuh Islam, bukankah itu menunjukkan betapa lemahnya kita? 
Kita selalu berkata, " I love U sayang " kepada orang yang kita sayang, tapi kenapa bila disebut saudara seagama, kita menjadi tidak peduli? Dimana rasa kasih dan sayang dalam diri kita? 
Islam itu sifatnya menyeluruh, Islam itu bukan sekadar untuk sesetengah kaum, Islam itu bukan hanya untuk Melayu, dan Islam itu bukan mengikut warna kulit, tapi Islam itu untuk semua. Islam mengajar kita untuk mengasihi sesama muslim. Maka sebagai seorang yang mengaku beragama Islam, apakah maksud kasih dan sayang dalam diri kita? Siapa yang lebih berhak ke atasnya? Saudara seagama kita yang sedang bertarung dengan kematian di tanah air mereka atau mereka yang kita panggil 'darling', 'baby', 'honey' tetapi hakikatnya masih belum halal buat kita? Siapa yang lebih berhak?

Jika dikatakan tentang bagusnya diri, mungkin kamu yang membaca post ini saat ini lebih hebat rasa keterikatan hatinya dengan saudara seagamanya berbanding diri yang menulis. Hakikatnya kita adalah saudara, hakikatnya satu masa kita akan dihitung di hadapan Allah yang sama kerana Allah itu tiada dua, cuma SATU! Maka jika disini kita pandang remeh isu pertumpahan darah saudara seagama kita, maka jawapan apa yang sebaiknya untuk kita berikan apabila mereka menuntut hak mereka sebagai saudara seagama di akhirat kelak? Apakah jawapan " Kau bukan anak makcik/pakcik aku! " adalah yang terbaik?

Sesungguhnya jika berkata tentang takut, maka diri ini adalah lebih takut kerana satu saat, diri ini akan dipersoalkan tentang apa yang ditulis, cuma satu yang diri ini harapkan moga keterikatan hati kita tetap utuh walaupun kita tidak mengenali, tidak pernah bersua, kerana kita masih lagi saudara dibawah satu agama yang sama iaitu Islam...

No comments: