Sunday, September 1, 2013

Cinta Abadi Kekasih Nabi [part 1]

Bismillah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Allah masih memberikan diri ini peluang untuk menulis di blog yang tidak seberapa ini. Rasanya sudah terlalu lama diri ini membiarkan laman ini kosong tanpa sebarang tulisan. Allah, betapa lemahnya diri tatkala diberi peluang untuk menyebarkan dakwah tetapi masih dibiarkan peluang itu berlalu pergi. Allah..

Di dalam 'post' dan beberapa 'post' yang lain, kita akan menyelami kisah seorang BIDADARI yang dikurniakan Allah buat seorang HAMBA PILIHANNYA iaitu Rasulullah S.A.W. Siapakah BIDADARI tersebut?

" Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku."
- Nabi Muhammad S.A.W -

Siapakah dia yang mempercayai setiap kata-kata Rasulullah S.A.W sedangkan insan lain menolak setiap bait kata Baginda? Siapakah insan itu? 

Ya!!

Insan itu adalah si BIDADARI buat Baginda. Insan itu adalah SAIDATINA KHADIJAH..

Sering kali kita mendengar kisah perkahwinan Baginda dan Saidatina Khadijah, tetapi adakah kita menyelami kisah di sebalik kehidupan BIDADARI ini? Mengapa wanita mulia ini yang dipilih untuk menjadi penyokong perjuangan Baginda yang menjanjikan ujian yang pelbagai, mengapa bukan wanita lain pada zaman itu??

Hakikatnya kehebatan BIDADARI ini bukan sahaja pada paras rupa bahkan seluruh jiwanya. Saidatina Khadijah bukan sekadar isteri, dia adalah sahabat, bahkan hartanya dan semua yang dimilikinya hanyalah untuk perjuangan si Suami yang merupakan Rasul pilihan Allah..

Jika kamu adalah muslimat yang terlibat dengan perjuangan menegakkan syariat Islam, maka lihatlah BIDADARI ini, lihatlah kehidupannya, lihatlah akhlaknya, lihatlah apa yang dikorbankannya untuk menyokong perjuangan yang suci ini.. Subhanallah, hebatnya seorang wanita yang bernama SAIDATINA KHADIJAH..

Maka , 'post' ini adalah permulaan untuk kita bersama terus menyelami kisah hidup seorang serikandi agama Islam, menyelami pengorbanannya, mengkaji peribadinya dan sebuah episod cinta suci seorang hamba dan PenciptaNya..

Sesungguhnya, diri penulis yang hina ini mengharapkan agar ini akan menjadi permulaan buat kita untuk berusaha menjadi SI BIDADARI pilihan Allah yang dijanjikan syurga yang abadi..

Note : Post ini adalah BAHAGIAN 1, kita akan bersama mengkaji kisah hidup seorang wanita bernama SAIDATINA KHADIJAH...

No comments: