Friday, March 21, 2014

Duhai Anak.

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menjenguk blog ini, hari ini diberi kesempatan kembali untuk menjenguk dan menulis sesuatu di laman maya ini. Alhamdulillah.

Hari ini bermula lagi cuti pertengahan semester buat pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Maka pulanglah anak-anak perantauan ke kampung masing-masing. Bagi diri ini, kepulangan kali ini hanya untuk IBU dan AYAH. Tinggalkan sebentar kerja-kerja di kampus. Lupakan sebentar segalanya.

Menjadi anak itu adalah anugerah. Bayangkan sejak kecil, Allah berikan kita seorang lelaki dan seorang perempuan untuk kita menumpang kasih. Didikan dari dua pihak yang berlainan cara tetapi akan saling melengkapi untuk mendidik seorang anak yang diamanahkan Allah.. Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah.

“Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa.” 
[Surah an-An’am: 151].

Ada kalanya kita akan terlihat dimana seorang ibu dan ayah seolah-olah tidak mengendahkan anak-anak mereka. 

" Mak aku asyik nak bandingkan aku dengan anak orang lain je! Stress kot! "

" Bapak aku tu keluar siang malam. Tak didik aku dengan adik beradik aku. Bila kitaorang jadi jahat, salahkan kitaorang plak! Dia yang tak reti nak didik anak, tuduh orang plak!! "

Teringat dengan kata-kata ibu,

" Kadang kala, kita sebagai anak tak akan faham kenapa mak dan ayah kita buat sesuatu perkara tersebut, hinggalah satu masa bila kita telah menjadi seorang ibu dan ayah, baru kita faham kenapa dulu mak dan ayah kita ambil tindakan tersebut. "

Sebagai seorang anak, apatah lagi seorang anak yang belum bergelar seorang ibu dan ayah, mungkin ada situasi yang sukar untuk kita memahami kenapa tindakan itu diambil hingga satu saat kita mengalaminya sendiri dan saat itu kita bergelar seorang ibu dan ayah.

Tidak dinafikan, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang mungkin kurang peduli mengenai anak masing-masing. Sebagai seorang anak, yang lahir dari rahim seorang ibu, masih lagi kita perlu menghormati mereka walau sejahat mana layanan mereka kepada kita. Bukankah Islam itu tersebar kerana akhlak yang indah?

Ibu dan ayah itu hanya satu. Maka hargailah sebelum mereka pergi meninggalkan kita semua.. 

JOM JADI ANAK SOLEH DAN SOLEHAH ^_^

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” [Riwayat Muslim]

No comments: