Sunday, March 23, 2014

Is it LOVE?

Bismillah

Alhamdulillah. Hari ni diberi kekuatan dan peluang oleh Allah untuk menulis di blog ini. Bersyukur juga kerana hari ini kita masih hidup, dan masih lagi diizinkan oleh Allah untuk menghirup udara dan bernafas di muka Bumi ini.. Alhamdulillah.

Apabila umur semakin meningkat, satu persoalan yang tidak dapat lari dan dielak ialah mengenai perkahwinan. Bagi diri ini, perkahwinan itu bukan sekadar PILIH, SUKA dan KAHWIN. Tetapi bagiku perkahwinan itu ada satu misi yang besar. Sangat besar. 
Membentuk ummah yang akan sanggup memikul perjuangan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Pilihan yang dibuat perlu tepat dan diri sendiri juga perlu MENJADI ORANG YANG TEPAT.

" Ummu tak nak bercinta? " soal makcik dan pakcik ku.

Ya. Diri ini sedang bercinta. Bercinta dengan Pemilik Cinta itu sendiri, Allah S.W.T . Tapi adakah cinta itu diterima olehNya atau tidak, itu sangat membimbangkan diri ini. Apakah cinta itu punya nilai pada pandangan Allah?
Cinta manusia itu wadah untuk mendapatkan cintaNya. Apabila matlamat yang diimpikan adalah Cinta Allah maka jalan untuk menujunya perlulah jalan yang disukai dan dicintaNya iaitu melalui pernikahan dan bukan perzinaan mahupun maksiat.

Diri ini ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Matlamatnya ialah cinta Allah. Mungkin diri ini tidak mungkin mampu menjadi sebaik Rabiatul Adawiyah tetapi cukuplah agar di akhir hayatku nanti cintaku itu akan punya nilai pada pandangan Allah. In shaa Allah.

No comments: