Wednesday, December 8, 2010

kesyahduan di waktu malam.

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Malam ni rasanya seolah-olah hati ana penuh dengan sedih, duka, lara, dan sewaktu dengannya.. Mengapa?? Ana rasakan diri ini penuh dosa yang sukar untuk diampunkan.. Ana teringat beberapa hari yang lepas, seorang sahabat ana meminta ana untuk bermain satu permainan dengannya. Mulanya ana ingatkan ianya adalah mainan biasa, tetapi sangkaan ana ternyata salah.. Permainan itu dinamakan " SIAPAKAH ANDA ? " Cara permainan nya cukup mudah, kita hanya perlu menulis atau menyenaraikan perkara positif dan negatif yang telah kita lakukan sepanjang hari tersebut. Baru ana sedar betapa banyak dosa yang telah ana kumpul dalam satu hari! Terasa malu diri ini dengan Maha Pencipta.. Tetapi Allah menjanjikan pintu Taubat selagi kita memohon ampun kepadaNya ..

" Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. "
( SURAH AN-NUR ; 31 )

Kedengaran sayup-sayup suara azan menandakan Isyak telah pun datang.. Alunan memuji Ilahi sedang memenuhi segenap ruang-ruang bumi ciptaan Allah.. Terasa sedih dihati ini,, apakah esok, aku masih berkesempatan untuk mendengar alunan azan yang indah itu? Atau esok aku sedang meronta di dalam kubur kerana sering menjauhkan diri dari Ilahi?? Apakah pintu taubat masih terbuka?? Apakah taubatku ini adalah yang terbaik untuk diberikan kepada Allah sebagai tanda penyesalanku?

Malam ini juga ingin mengajak semua sahabat-sahabat ana untuk muhasabah diri terutamanya muslimah.. Kita sering mendengar orang mengatakan " andai ibuperangai buruk, si anak pasti mengikut jejak langkah ibunya! ". Ana ingin berkongsi sesuatu disini.. Ana teringat suatu artikel mengatakan Saintis telah mengadakan kajian, dan mereka telah menemui, apabila seorang itu berkelakuan buruk terutama perempuan, sejenis " enzyme " akan dihantar ke rahimnya, dan apabila dia mengandung, enzyme itu akan bergabung dengan ovum, dan serba sedikit akan memberi impak kepada perwatakan si anak yang akan lahir.. Subhanallah..

Ana sedih melihat ada dalam kalangan kaum ana yang dengan mudah menayang badan mereka.. Ana juga bukanlah sempurna, tapi ana terkilan melihat adik-adik yang masih muda sudah terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak diajar di dalam Islam.. Wahai adik-adikku sayang, apakah dikau ingin dirimu dilihat oleh sang lelaki yang belum halal untuk dirimu? Apakah kau ingin suamimu melihat apa yang telah kau tayangkan kepada lelaki ajnabi yang lain?? Fikirlah adikku sayang..Fikirlah adikku yang sedang asyik dibuai mimpi indah di alam percintaan dengan sang lelaki, fikirlah adikku, apakah jawapanmu kelak pabila di soal oleh Tuhanmu, kenapa kau biarkan lelaki itu memiliki hati dan jasadmu padahal dia belum sah untuk dirimu, apakah yang kau ingin perkatakan dissat itu wahai adikku sayang!!

" Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah, orang yang bertaubat dari melakukan dosa seperti orang yang tidak ada dosa baginya. "

Ana teringat seorang sahabat usrah ana pernah mengatakan, setiap dari kita ada tugas dakwah yang perlu dijalankan. Tugas seorang Dai'e!!! Tugas sebag
ai seorang pemimpin.. Memimpin diri sendiri!! Sungguh manusia itu diciptakan sebagai Khalifah.. Teringat ana kepada lagu " ADAKAH KAU LUPA " .. Sebahagian dari lagu tersebut ada mengatakan :

Adakah kau lupa,
kita pernah berjaya!
Adakah kau lupa,
kita pernah berkuasa!
memayungi 2/3 dunia,
merentas benua,melayar samundera.
keimanan juga ketaqwaan,
rahsia mereka capai kejayaan.
Bangunlah wahai
anak bangsa,
kita bina kekuatan jiwa, tempuh rintangan perjuangan!
Bangunlah wahai anak bangsa kita bina
kekuatan jiwa,
tempuh rintangan perjuangan!

Jadi,, ayuh kita bangkit, menyebarkan syariat Islam! Memastikan yang Islam tu kian berkembang, bukannya makin pupus ditelan zaman! Ayuh bangkitlah wahai para DAI'E!!!..

No comments: