Monday, December 13, 2010

selamat tinggal ayah..

Bismillah..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah..

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari
ayah berkata
jaga adik mu
ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

Hari ni genap 3 hari ayahanda ana pergi pulang kepada Penciptanya.. Ramai saudara mara dan sahabat handai yang datang menziarah mengatakan ana seolah-olah
bergembira.Perlukah ana menangis kalau ana tahu yang tangisan itu akan membuatkan ibunda ana lebih menangisi pemergian ayahanda??Ana rindukan ayah! Tu yang sejujurnya.. Tangisan hanya pada Allah.. Hanya Allah yang melihat dan mendengar rintihan hati ini,,betapa ana sendiri tidak bersedia untuk kehilangannya..

~ Warkah buat ayah ~
Assalamualaikum... ayah... akak tahu ayah sedang berbahagia.. akak tahu Allah tak kan sia-siakan ayah sebab ayah dah jadi yang terbaik.. akak masih ingat pelukan ayah disaat akak kecil,,, di saat akak dimarahi mak.. Ayah ingat tak dulu ayah pernah perli akak semata-mata sebab ayah nak akak berjaya? ayah ingat tak?? ayah ingat tak dulu, bila ayah ajar akak dengan ateh mengaji,, ayah selalu letak rotan kat sebelah paha ayah.. Sampai akak naik takut kalau akak tersalah baca.. Ayah nak tau,, cucu-cucu saudara ayah selau tanya akak,, " aunty,, mana Tok Chik? " Akak tak tau nak cakap apa,, akak cuma jawab Allah nak jumpa Tok Chik,, Allah sayang Tok Chik.. Hari tu Alia ada ambil gambar ayah yang tergantung kat dinding rumah dan tunjuk kat akak sambil berkata " kakak,, ni Tok Chik! " Iman pula cakap kat akak " kakak,, nak ikut Tok Chik.." Nama Tok Chik selalu disebut-sebut.. Di saat akak mencium dahi ayah buat kali terakhir,, akak seolah-olah melihat senyuman terukir indah di wajah ayah.. Apabila akak mengundur kebelakng,,semua cucu-cucu ayah memeluk akak,, dan mereka turut menangis,, seolah-olah mereka turut merasa kehilangan insan tersayang.. Ayah,, akak akan ingat kata-kat terakhir ayah.. Akak nak ayah tau.. betapa ramai yang menyayangimu walaupun di saat hidup,, ayah hanya seorang yang pendiam.. Ayah,, ayah tetap di hati anak gadismu ini.. Akan ku jaga diriku ini,, membuktikan anak gadismu ini adalah orang yang akan menegakkan agama Allah,, bukan menjatuhkannya,,insyaAllah.. Ayah berehatlah,, berbahagialah disana.. Akan ku cuba yang terbaik untuk menjadi anak yang solehah buatmu agar doaku akan sentiasa menjadi bekalan untuk mu AYAH.....~

" ya Allah,, rahmati ayahku.. Beliau sudah jadi suami yang terbaik buat ibuku,, beliau sudah menjadi ayah yang terbaik buat anak-anaknya, beliau sudah menjadi yang terbaik untuk semuanya... Jadi tempatkanlah dia di syurga kelak.." Buat ayahanda tercinta,, tunggu keluargamu di syurga wahai abi tercinta...

2 comments:

Lileez Corner said...

Teringat Mira pernah ceritakan cara arwah menegur mira....semuanya memang yg terbaik buat mira
Moga mira menjadi ana yang yg sntiasa membahagiakan keluarga...

amirasoy said...

syukran ya ukhti,, sungguh kehilangan itu pahit,, tapi pasti punya kemanisan disebaliknya...insyaAllah