Tuesday, March 29, 2011

Kebebasan itu Nikmat

Bismillah
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Syukur, syukur,, dan syukur kerana hari ini kita masih hidup.. Andai nyawa sudah diambil lebih awal,, mungkin kita tidak dapat lagi merasa nikmat kebebasan itu.. Alhamdulillah.. Buat sahabat-sahabat ana yang selalu menjenguk blog ana,, mungkin akan ada yang kata,," banyaknya post dalam sehari. "..Asif,, ana menulis bila ana rasa hati ana menyuruh ana menulis sesuatu.. InsyaAllah,, bersama - sama kita berkongsi.. Mungkin sahabat-sahabat ana juga boleh berkongsi dengan ana yang masih kurang ilmu ni kan?? insyaAllah,, bersama kita mencungkil lebih banyak keindahan di sebalik Islam ..

Sewaktu ana membaca blog sahabat-sahabat fillah ana yang lain sebentar tadi,, pelbagai isu yang dijadikan perbualan.. Ada yang bercerita tentang 'exam', kerja sambilan, perkahwinan, persahabatan.. Pelbagai... Makanya hari ini ana ingin menulis tentang kebebasan.. Tambahan pula malam tadi ana terjumpa satu lagu yang membuatkan ana rasa teramat gembira.. Andai ada yang ingin mengetahui kenapa ana berkata sedemikian,, kalian boleh 'search' lagu ' FREEDOM ' by Maher Zain.. Subhanallah...

Nikmat kebebasan itu mampu membuatkan kita tersenyum hingga saat ini.. Bayangkan,, kerana kebebasan kita mampu belajar dengan aman,, mampu ketawa bersma keluarga,, mampu chatting di FB.. Indahnya nikmat kebebasan.. Andai nikmat kebebasan itu ditarik walaupun sebentar,, ana pasti kita akan merasakan kehidupan ini seolah tidak punya erti,, bahkan mungkin ada yang menganggap hidup ini seperti di dalam penjara.. Apa sahaja yang ingin dilakukan pasti punya batasan dan halangan yang pelbagai.. Tapi jangan pula kita gunakan ayat " KEBEBASAN " untuk tidak melakukan perintah Allah.. Kerana perintah Allah itu bukanlah ingin menghalang nikmat kebebasan dalam kehidupan kita,, tetapi ingin menjadikan kehidupan kita lebih indah berdasarkan syariat..

" Islam Itu Mudah,, tapi Bukan Untuk Dipermudahkan. "

Mari kita muhasabah diri sebentar.. Mari sama-sama kita terbang sebentar ke Bumi Palestin.. Letakkan diri kita di tempat para pejuang di sana.. Bukan buku mahupun peperiksaan yang kita hadapi tetapi peperangan yang kadang kala ianya menjanjikan kematian.. Kalau disini,, pabila kertas peperiksaan agak sukar,, pasti ada yang berkata " matilah aku! ".. Mengapa wahai sahabat?? Apakah ujian itu lebih sukar berbanding peperangan saudara kita di Palestin??? Apakah layak kita berkata diri kita hampir dengan kematian hanya kerana kita mendapat kertas peperiksaan yang sukar?? Bagi ana,, kita tidak layak berkata sedemikian,, kerana para sahabat kita di tanah Palestin itu lebih layak bercerita tentang kematian.. Wallahua'lam..

Makanya,, mari kita sama-sama bersyukur dengan nikmat kebebasan ini kerana tanpanya,, kita tak akan mampu ketawa tika ini,, bahkan mungkin kita hanya merintih dan terus menyoal diri mengapa nikmat kebebasan itu diambil kembali oleh Allah SWT...

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

No comments: