Bismillah
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Syukur, syukur, syukur Ya Rabb,, Kau berikan kami nikmat kehidupan ini tanpa Kau minta sebarang balasan. Alhamdulillah.. Menulis blog sambil dengar nama-nama indah Allah SWT membuatkan hati yang gersang kembali pulih, kembali bersemangat.. Syukran pada blog http://aimaduddinaiman.blogspot.com/ .. Manusia itu ciptaan Allah,, makanya apabila kita berasa duka, sedih, kembalilah pada Pencipta kerana ayat-ayatnya pasti mampu menyentuh hati kita yang sedang dilanda masalah.. Ana pernah terbaca malahan mendengar orang berkata,, andai Allah itu baik, kenapa Dia berfiman pasal Neraka, kalau Allah baik, tak payah cipta NERAKA!! So, tak perlu manusia fikir pasal Neraka..
“Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barang siapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan satu yang sama dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)”
(Al-Quran, Surah Al-An’am, ayat 160)
(Al-Quran, Surah Al-An’am, ayat 160)
Allah itu Maha Adil.. Dia menciptakan Neraka sebagai peringatan kepada HambaNya yang leka dengan dosa. Agar mereka tahu bahawa setiap amalan buruk itu pasti ada balasan, jika bukan di dunia,, pasti balasannya akan dibawa ke akhirat. Bagi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan sentiasa muhasabah diri, pasti mereka akan mengelak dari melakukan perkara ayang dilarang Allah kerana mereka tahu, jika mereka melakukan perkara mungkar itu, yang rugi adalah diri mereka sendiri bukanlah Allah SWT.. Kita sering berkata tentang musibah, bencana, tetapi kenapa hanya segelintir yang mengambil iktibar daripadanya? Andai ada yang mengatakan, " ala,, manusia,, mana lari dari kesilapan! " Memang manusia itu tak lari dari kesilapan,, tetapi kenapa kita yang masih hidup tika ini seolah-olah tak mahu lari dari melakukan kesilapan yang sama? Sejujurnya baru-baru ini ana ada terbaca satu 'group' di Facebook. Dalam hati kecil diri ini, ana terfikir, siapa 'admin' group tersebut? Kenapa dia buat group ni? Dia tak takut dengan murka Allah ke?
Qs. Al-ankabut ayat 29.
“Apakah sesungguhnya kamu patut mendatangi laki-laki, menyamun dan mengerjakan kemunkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawaban kaumnya tidak lain hanya mengatakan: datangkanlah kepada kami azab Allah swt jika kamu termasuk orang-orang yang benar”.
Astaghfirullah.. Kita selalu mengatakan kita menyayangi Allah, Cinta akn Rasulullah,, tetapi dalam masa yang sama kita terus menerus melakukan kemungkaran.. Bagi kita, usia masih panjang, bila dah tua,, baru duduk masjid dan taubat!! Ya!! Itu andai kita sempat merasakan nikmat usia yang panjang, tapi andai Izrail menjemput kita lebih awal?? Bila kita mahu bertaubat? Allah itu tak pernah menzalimi hamba-hambaNya tetapi kita yang menzalimi diri sendiri.. Kita tahu melakukan dosa dan tak pernah berasa bersalah melakukannya,, tapi pabila turunnya azab Allah, kita salahkan Ar Rahman kerana menurunkan musibah yang dahsyat.. Wahai manusia,, wahai diri-diri yang gersang,, Allah itu sedang mengingatkan kita tentang taubat yang sentiasa terbuka buat semua ciptaanNya. CintaNya tak pernah padam.. Musibah yang diturunkan hanya sedikit.. Andai Dia benar-benar ingin memusnahkan, ana yakin pasti dunia ini hancur ibarat bulu-bulu yang beterbangan.. Maka,, mari kita kawal diri kita, mari kita kembali sujud padaNya,, kerana Dia adalah Kekasih yang tak pernah meminta kita berkorban nyawa, harta.. Tetapi Dia sentiasa menghulurkan kasihNya buat hambaNya yangselalu leka....
No comments:
Post a Comment