Wednesday, May 11, 2011

::saya blogger muslim/muslimah,saya jaga aurat dan akhlak saya::

" Andainya berlian dan intan dibungkus rapi dan disimpan pula dalam peti berkunci, maruah wanita apatah lagi.... "

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Pertama sekali, segala rasa syukur dipanjatkan kepada Allah yang Maha Menciptakan kerna masih memberi ana peluang untuk terus hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah. Jutaan terima kasih ana hulurkan pada sahabat fillah ana Ukhti Nur Amalina yang telah ' tag ' ana di kempen ini.. Sejujurnya ana sudah lama membaca post yang menceritakan tentang kempen ini, tapi entah kenapa hati ana berasa seolah ingin menunggu seseorang meng 'tag' ana untuk menyertai kempen ini bukannya dengan menyertainya sendiri.. Itu sekadar monolog ana sendiri, tapi Allah itu Maha Mengetahui, maka Dia kabulkan permintaan kecil itu. Alhamdulillah..

' Manfaat apabila wanita memakai hijab iaitu mereka kekal dikenal sebagai wanita yang solehah dan terhormat. Dengan sedemikian, mereka tidak diganggu, didekati, apatah lagi dirayu. '

Orang sering berkata,seseorang yang bertudung itu perlu punya ciri-ciri muslimah yang baik. Itu baru bertudung, bagaimana pula kalau seseorang wanita itu berhijab penuh? Pastinya setiap langkah kakinya akan diperhatikan, tiap perbuatannya akan dipersoalkan.. Makanya seseorang yang menjaga auratnya, pastinya perlu memastikan akhlaknya turut terjaga. Bukanlah ana ingin mengatakan agar mereka yang tidak menutup aurat itu tidak perlu menjaga akhlak mereka.. Pastinya akhlak itu perlu dijaga oleh setiap manusia itu kerna akhlak itu adalah cerminan diri seseorang.. Mungkin akan ada yang berkata, " ala, aku tak pakai tudung, tapi aku still baik! " Alhamdulillah kalau kalian masih baik. Tapi adakah kalian pasti bahawa kalian sudah cukup baik pada pandangan Allah? Apakah kita sekadar ingin dikatakan baik di hadapan manusia, tapi dimata Allah, kita langsung tiada nilai.. Istighfar...

Ana tahu sebagai seorang blogger, apatah lagi sentiasa menulis sesuatu yang kadang kala berkaitan dengan agama, aurat dan sebagainya, maka diri ini perlu turut sama mengubah diri menjadi lebih baik. Mungkin akhlak ana bukanlah yang terbaik, mungkin ana juga belum cukup baik dalam penjagaan aurat (istighfar), tapi tiada salahnya kalau kita terus-menerus berubah agar menjadi lebih baik.. InsyaAllah.. Menutup aurat itu bukanlah sekadar menutup separuh dan membuka yang selebihnya. Tapi menjaga aurat itu bagi seorang wanita adalah menutup seluruh tubuhnya kecuali tangan dan muka. Setelah ditutup aurat dengan rapi, jagalah akhlak kita. Akhlak itu bermula dari dalam, menutup aurat itu pula dari luarannya. Jika dalamannya baik, tapi luarannya tidak,, pastinya akan ada kecacatan.. Jika luarannya baik, tapi dalamannya penuh dengan sifat-sifat mazmumah,, tiadalah nilai diri dimata Tuhan yang Menciptakan..

: sahabat fillah pilihan :

.
.
.
.
.
.

Peribadi seseorang wanita itu dilihat bukan sahaja dari segi bagaimana dia menutup auratnya tapi ia turut dinilai bagaimana dia mendidik akhlaknya. InsyaAllah..

6 comments:

Nur Fatin Akmal said...

:')

Ummu Abiha said...

=)

shymushah said...

wah..nice entry..
terima kasih di atas entry yg sgt menyedarkan..
mmmm.. :'(

Ummu Abiha said...

shymushah : sama2 kita amik iktibar ye =) stiap dri kita msti pnh alami sesuatu yg apabila dikenang, dan kita sdr akn kesilapan and trus kembali pdaNya, itulah yg terbaik kan.. =)

syasya said...

Slm ziarah ;)

Ummu Abiha said...

kak aisyah : salam ziarah =)