Wednesday, September 14, 2011

muslimah tak ternilai..

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Syukur kerna Allah masih membenarkan kita hidup tika ini.. Saat menulis 'post' kali ini,, ana merasakan seolah diri ini sedang ditemani oleh seseorang yang ana tidak pasti akan siapakah gerangannya.. Semalam,, salah seorang ana berkata dengan sahabat fillah ana di bilik tentang perasaan kehilangan orang yang disayangi.. Dikala itu,, ana cuma mampu memalingkan muka dari mereka dan mengatakan di dalam hati,, " andailah mereka tahu betapa sakitnya rasa kehilangan itu,, pasti mereka tidak akan ingin mengalaminya walaupun

sekali.." Ayah~ Ana terlampau rindukan seorang insan bernama ayah.. Dipagi raya,, orang bersalam,, memeluk sebatang tubuh ayah yang telah banyak menabur jasa,, tetapi sebalik buat diri ana.. Ketiadaan seorang ayah cukup untuk membuatkan ana berasa sunyi di pagi hari.. Tetapi rasa itu tidak terbanding dengan ibu yang sedang merasakan ketiadaan seorang suami... " Ya Allah,, kau kurniakan kebahagiaan buat ayahku di Sana.." Allahumma Amiin...

Semalam, syukur,, Allah memilih diri ini untuk sama-sama mengikut sedikit halaqah ilmu,,tajuknya cukup sesuai dengan diri yang kadang kala leka dibuai mimpi indah dunia.. " Muslimah".. Isu yang dibangkit banyak berkisar tentang aurat, peranan sebagai seorang anak perempuan dan sebagainya.. Tetapi ana cukup tertarik dengan kata-kata seorang kakak, Ukhti Illeya,, tentang bagaimana gigihnya Puteri Rasulullah di kala hayatnya.. Subhanallah.. Tidak lupa kata-kata ibu kepada Imam Hassan Al Banna,, bagaimana didikan kepada anaknya itu telah bermula 40 tahun sebelum kelahirannya.. Allahuakbar!!!

Tatkala itu ana terfikir,, berapa ramai muslimat yang benar-benar berkualiti dizaman ini?? Apakah diri ini sendiri seorang muslimat yang berkualiti? Apakah muslimat yang berkualiti itu adalah muslimat yang hanya menjaga akhlaknya tanpa menutup auratnya?? Mungkin kita belum setaraf dengan para srikandi Islam dahulu,, tetapi kita pastinya mampu menjadi seperti mereka andai kita berusaha untuk mengubah diri agar sentiasa menjadi yang lebih baik dari sehari ke sehari...
Buat para Muslimah,, ana ingin memetik sedikit cungkilan kata-kata dari Akh Hilal Asyraf.. Apakah kita (muslimah) ini lupa bahawa dari rahim seorang muslimahlah lahirnya para generasi yang akan datang.. Tetapi jika kini,, kita tidak mampu mendidik diri kita sendiri agar menjadi seorang HambaNya yang taat akan perintahnya dan meninggalkan laranganNya,, bagaimana kita ingin mendidik anak-anak kita kelak??

" Sekiranya wanita yang mengendong masa hadapan dunia selama 9 bulan sepuluh hari itu rosak, di mana masa hadapan dunia? "

Wanita itu cukup mudah untuk menjadi seorang ahli Syurga,, tetapi dia juga mudah untuk dihumban ke Neraka.. Astaghfirullah... Ana teringat kata-kata Ukhti Syima,,

" Ketua bidadari di Syurga kelak adalah isteri yang taat akan suaminya. "

Apakah kita mampu menjadi seorang zaujah yang taat jika kini kita masih tidak mampu menjadi seorang anak perempuan yang taat akan kedua ibu bapanya? Jika pada ibu yang telah melahirkan , kita masih mampu meninggikan suara,,, apakah kita mampu untuk mengawal diri tatkala hadirnya sedikit ujian bersama suami kelak???

Mungkin apa yang tertulis ini seolah banyak dikaitkan dengan suami dan sebagainya,, tetapi yang sebenarnya zaman itu akan kita tempuh satu hari nanti.. Tapi kini,, wahai gadis,, wahai si anak perempuan,, wahai bakal ibu,, ingatlah,,, saat ini kita perlu menjaga diri,, akhlak,, ibadah dan sebagainya kerna satu saat nanti kita akan melahirkan pemuda-pemudi yang akan terus membangunkan Islam.. Janganlah kerna kecuaian kita kini,, kita akan menjadi salah satu asbab jatuhnya Islam di satu masa kelak.. Wallahua'lam...

" Setiap anak yang dilahirkan itu adalah putih,, ibubapalah yang mencorak mereka untuk menjadi Yahudi atau Nasrani.."

2 comments:

Unknown said...

ALA..MIRA....LY CAM TERASA JE :'(

Ummu Abiha said...

assalamualaikum... ly,, xde ap ar =)