Wednesday, April 25, 2012

.. Maka itulah jalanku..

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan jari ini peluang dan ruang untuk kembali melakar kata di laman ini. Maha Suci Allah atas segala sesuatu. Moga apa yang ditulis ini akan menjadi saham untuk diri ini ditempatkan di SyurgaNya kelak. Allahumma amiin.

" Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka satu bangunan yang tersusun kukuh. "

Orang sering kali mengatakan, 

' Kenapa aku perlu buat kerja amar makruf nahi mungkar ni? '

' Biarlah, ni kan kerja Jabatan Agama Islam! '

' Kenapa perlu aku BERJIHAD di jalan Allah? Ini bukan zamannya untuk berjihad! '

Sejujurnya ana sendiri pernah memikirkan perkara yang sama. Bukan masanya untuk kita terlibat dengan semua ini. Cukuplah sekadar kita melakukan ibadah wajib dan menambahnya dengan amalan-amalan sunat dan menjauhi segala laranganNya. Ya! Itu pegangan diri ini satu masa dulu! Tapi, bukankah kita kini di akhir zaman?  Bukankah di akhir zaman itu perlunya untuk kita melibatkan diri dengan semua ini?  

"Sabda Rasulullah yang bermaksud ;
Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?

Rasulullah menjawab: Ya.

Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?

Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. 

Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.

Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?

Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.

Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.

Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?

Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian. "

Ana masih ingat perumpamaan yang pernah diberikan oleh seorang ustaz kepada ana, (maaf, ana kurang ingat nama beliau), katanya,

 ' Jika Allah ingin membeli kalian dengan harga sebuah Syurga, siapa yang tidak mahu? '  

Ya! Siapa yang tidak mahu masuk ke Syurga? Tiada tempat yang lebih indah daripadanya. Mungkin akan ada yang berfikir, 

' Alah, dia ni cakap senang lah! Dia ni budak 'agama'! '

Sejujurnya mentaliti sekolah agama atau sekolah biasa mahupun sekolah jenis kebangsaan, semuanya sama. Di Hari Pembalasan kelak, Allah tidak akan bertanya dimana sekolah kita tetapi Allah akan tanya apa yang kita lakukan di dunia? Dimana kita gunakan nikmat umur yang diberikN olehNya. Maka siapa kita untuk menempatkan seseorang berdasarkan sekolahnya ataupun latar belakang pendidikannya?

" Allah tak pernah memerlukan kamu, tetapi kamu yang memerlukan Allah. "

Sekali kita pergi jauh dari jalanNya, pergi jauh dari jalan Allah, maka sedarlah bahawa Allah tidak rugi walaupun sehalus debu sekalipun tetapi yang rugi adalah kita yang melarikan diri daripadaNya. Bukan mudah untuk memiliki syurga kerna telah menjadi fitrah jalan ke Syurga Allah pastinya dipenuhi dengan ujian dan kesulitan yang kadang kala membuatkan kita jatuh tersungkur! Tapi yakinlah di setiap jalan Allah itu pastinya disediakan untuk kita teman seperjuangan. InsyaAllah.

Maka, apa kita tunggu lagi? Ayuh wahai Pemuda pemudi Islam! 

~Lidah Yang Berkata Lebih Dekat Dengan Telinganya, dan Dekatlah ia Dengan Hatinya.. ~ 

No comments: