Sunday, May 20, 2012

Kenapa mesti begitu..

Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, Allah masih memberi kita nikmat sebuah kehidupan di dunia. Selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W. 

Ana pernah ditanya oleh seorang insan,

" Akak minat siapa? Idola? "

Jawapannya pasti Rasulullah S.A.W. Siapa tak nak jadikan manusia terbaik sebagai idola kan (^_^). Tapi ana juga ada meminati 2 orang lagi insan. Siapa???

" Akak minat Sultan Muhammad Al Fateh dan Saidina Umar "

Kenapa mereka? Bukan yang lainnya? 
Ana kagum dengan tokoh Islam yang lain, para sahabat Baginda, tetapi 2 insan ini cukup menarik hati ini.

"Khalifah Genius Perang : Saidina Umar r.a "
" Sultan Genius Perang : Sultan Muhammad Al Fateh "
~ Kuasa Kepimpinan Al Fateh ~

Tapi bukan kerana cara kepimpinan mereka dalam peperangan semata yang menarik hati, tetapi melihat akhlak yang ditonjolkan. Akhlak. Satu perkara yang seolah kecil tapi memberi kesan yang besar.

Akhir-akhir ini, antara isu yang cukup panas pada pandangan ana adalah isu BERSIH 3.0. Bukan untuk membincangkan samaada BERSIH 3.0 boleh dilakukan atau tidak tetapi ana ingin kaitkan dengan akhlak. Kita pastinya faham dan mengetahui bahawa setiap pilihan itu pastinya akan ada dua jawapan, Ya atau Tidak. Ya ertinya setuju, Tidak ertinya menolak atau kurang bersetuju bukan?

Apakah perasaan kita apabila kita melihat orang Islam sendiri mengutuk saudara se-Islam mereka sendiri? Gembira atau berduka? Ana teringat kata-kata naqibah ana,

" Pandangan itu tidak pernah ada yang salah. "

Kenapa kini kita menjadi seolah anti-pandangan? Kenapa terlampau cepat kita menilai dan berkata buruk kepada mereka yang berlainan pendapat dengan kita? Apakah itu yang dipanggil Akhlak seorang yang beragama Islam?

Jika kita kembali mengimbau sejarah dan sirah Nabi, bukankah akhlak yang baik itu adalah salah satu asbab atau penyebab kepada bertambahnya bilangan mereka yang beragama Islam. Masih kita ingat kepada cerita Rasulullah dan orang buta (bukan seorang Islam). Bagaimana orang buta mampu membezakan suapan Saidina Abu Bakar dan Rasulullah S.A.W apabila Baginda telahpun wafat. Lihat, lembutnya tingkah laku dan akhlak Baginda.

" Ala, itu Rasulullah. Aku manusia biasa, lain! "

Ayat di atas sering kita dengar. Ya, kita bukan Rasul ataupun Nabi. Tapi kita adalah ummat kepada Rasulullah S.A.W bahkan Baginda adalah manusia terbaik. Maka apakah kita tidak mampu? 

Kita selalu melihat kepada kebangkitan Barat, kebangkitan dan sikap negara maju di luar sana , tetapi bukankah kebangkitan Islam beribu tahun yang dahulu lebih mengagumkan? Bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh berjaya memindahkan 70 kapal melalui jalan darat, dan bagaimana Saidina Umar dengan beraninya mengumumkan keislamannya. Kenapa kita tidak merenung dan mengambil iktibar daripada kisah tokoh Islam itu sendiri dan mengambil akhlak mereka sebagai contoh. 

Dalam menegur, perlu ada hikmahnya. Kita berdakwah tapi jangan sampai kita mengutuk orang lain. Jika orang lain punya pandangan mereka sendiri, maka raikan kerna pandangan itu tidak pernah ada yang salah. Mencari hikmah dalam kehidupan. 

"Bantu kami ya Allah.."

~Lidah Yang Berkata Lebih Dekat Dengan Telinganya, dan Dekatlah ia Dengan Hatinya.. ~ 

No comments: