Thursday, April 28, 2011

Dia ingat aku lagi tak?

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Allahuakbar, Allahuakbar... Kalimah memuji keagungan Allah sayup-sayup kedengaran di kampung Serting Ilir menandakan waktu Isyak sudah menghadirkan diri. Indahnya apabila nama Yang Mencipta itu dilaungkan dan terus menusup ke lubuk hati.. Sejak akhir-akhir ini, terlampau banyak yang ana fikirkan selepas ana ditegur oleh seorang pakcik yang menguruskan harta arwah ayahanda ana. Apa yang diperkatakannya kepada diri ini? Insan itu sudah menyentuh hati ana yang tika itu sudah kembali leka. Dia kembali menyusun kata-kata seolah dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran ana. Saat dia melihat sijil pernikahan ayah dan ibu ana, dia melihat ana. Dia tersenyum manis. Ana tidak tahu kenapa tapi yang pasti dia sedang melihat diri ini dan menilainya. Apa yang difikirkannya? Biarlah dia dan Penciptanya yang tahu. Yang pasti setiap bait katanya selepas itu membuatkan ana berasa Allah sedang menegur, Allah sedang memberi peringatan. Ana pula tersenyum walaupun hati ingin menangis kerana ana tahu peringatan itu cukup bermakna. Walaupun saat itu belum sampai tapi ianya cukup bermakna buat ana. Apa yang diperkatakan?

" Nanti dah dapat cik abang ( berkahwin ), adik jangan lupa pada ibu.
Anak yang baik adalah anak yang ingat akan ibu bapanya di saat senangnya. "

Saat itu, ana tersentap. " Ya Allah, apakah selama ini aku mengabaikan tanggungjawabku keatas orang tuaku? Andai aku adalah hambaMu yang lalai akan tugas sebagai seorang anak, ampunilah aku! " Selepas itu pakcik itu terus bercerita. Ana pula terus mengutip nasihat yang diberi. Alhamdulillah. Rasa berat hati untuk menemani ibu ke Seremban untuk menguruskan harta peninggalan arwah ayahanda akhirnya dibalas dengan peringatan yang cukup menggetarkan hati. Keesokan harinya ana menemani adik perempuan ana membeli buku di pekan. Ana pun berjalan di kedai buku yang pemiliknya adalah keluarga Cina. Buku agama agak susah untuk dijumpai disitu, makanya ana hanya melihat buku yang ada. Ketika sedang berjalan menaiki tangga untuk naik ke tingkat 2, ana seolah digerakkan hati untuk menoleh melihat rak buku di sisi tangga yang biasanya jarang dilihat orang. Apabila ana berhenti, ana terkejut. Hati mula berkata, " Itu untukmu, ambillah wahai hamba Allah.. " Ana pun mula mengambil buku yang bertajuk " Travelog Haji ".. Alhamdulillah. Selepas beberapa bulan ana menginginkan buku itu selepas membaca sinopsisnya di web PTS, akhirnya ana dapat memilikinya. Allah itu Maha Mengetahui. Buku itu adalah yang terakhir. Ana tidak melihat harga buku itu tetapi melihat duit yang ada di dalam dompet ana. Ana cuma punya RM 40. Mulanya ana berfikir, pasti buku ini harganya lebih dari RM 40 kerna ianya bagus. Akhirnya selepas dilihat kembali, harganya separuh dari duit yang ana bawa. Alhamdulillah.. Bayangkan... Ana menjumpai sebuah buku yang memang susah untuk dijumpai di sebuah kedai warga Cina ( bukan Islam ), dan buku itu adalah yang terakhir dan harganya kurang dari duit yang ana bawa. Subhanallah. Betapa cantiknya aturan takdir Allah..
Apa yang ana dapat dari buku itu?? Hanya Allah yang Tahu betapa buku itu membuatkan ana berasa Allah sedang menegur diri. Diri lemah ini mula berasa rindu akan Rumah Allah itu. Tak sabar rasanya ingin mendapat Jemputan dariNya. Air mata terus mengalir.. Disaat itu ana kembali rindu akan kerja-kerja dakwah. Ana kembali berfikir, " kenapa aku terus duduk leka begini? " " Mengapa kau harus melihat sedangkan kau tahu tugas dakwah itu sentiasa ada. Kenapa? "

Ketika ana menjenguk blog sahabat-sahabat fillah ana yang lainnya, kembali rasa rindu akan kerja dakwah itu hadir mengejar diri. Cemburu melihat sahabat-sahabat lain yang amat ana cintai berkejar-kejar mencari peluang dakwah itu, tapi ana.. Hanya melihat tanpa cuba meraihnya.. Saat ini ana ingin sujud, memohon keampunan andai hati ini sudah gelap kerna banyaknya dosa sampaikan ana jadi seteruk ini.. Tapi Allah itu tidak pernah mengabaikan hambaNya andai hambaNya itu sentiasa ingin dekat denganNya. Betapa sayangnya Allah akan diri..

" Allah membentangkan tanganNya di malam hari agar orang yang berbuat keburukan di siang hari bertaubat, dan membentangkan tanganNya di siang hari agar orang yang berbuat keburukan di malam hari bertaubat. ( Ini akan terus berlaku ) hingga matahari terbit dari Barat."
~ Hadis Riwayat Muslim ~

Kata akak Naqibah ana membuatkan ana kembali mengingati betapa tak bernilainya diri ini. " Ingat dik, Allah itu tak perlukan kita TAPI kita yang perlukan Allah! " Andai dibandingkan diri ana dengan sahabat ana yang lainnya, terasa diri ini yang paling kerdil. Saat ini, suara lembut Ustaz Muhadir kembali menyentuh hati. Suasana majlis ilmu itu kembali membuatkan ana terasa rindu. Rindu akan kata-kata hikmah yang membuatkan hati sentiasa diketuk perlahan.

" Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana disebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah yang sangat sukar diungkap dengan kata-kata.Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa sucinya jiwa yang mahmudah "

Allah itu sentiasa berbicara dengan semua hambaNya. Ana ingin berkongsi tentang satu benda yang menarik tentang ibadah haji seterusnya menunjukkan betapa sayangnya Allah pada kita sampaikan Dia tunjukkan jalan untuk menuju SyurgaNya. Allah seolah ingin semua hambaNya masuk ke Syurga..

" Andai kita melihat, semua perkara yang kita lakukan semasa membuat ibadah haji memberikan kita pahala yang berlipat ganda. Melihat Kaabah sahaja sudah diberi pahala. Pahala di Tanah Suci itu seolah ada sentiasa. Allah seolah sengaja memberikan limpahan pahala kepada kita saat itu. Bayangkan sebelum kita pergi menunaikan haji, kita bertaubat bersungguh-sungguh dan taubat kita diterima. Ketika haji, kita kembali bertaubat kepadaNya dengan sebenar-benar taubat, dan taubat kita diterima lagi. Kita suci ibarat bayi yang baru dilahirkan. Dan kemudiannya semua ibadah kita di Tanah Suci itu diberi ganjaran pahala yang banyak. Apakah itu petanda bahawa Allah ingin beri kita peluang meraih pahala dan menjadi ahli Syurga? Ya!! "

Bagi ana, Allah itu sentiasa mengajak kita dan menegur kita secara halus apabila kita melakukan kesilapan. Mungkin di saat ana leka itu, Allah hantar seseorang seperti pakcik yang ana ceritakan tadi untuk memberi peringatan dan nasihat. Allah itu Tahu betapa lembutnya hati hambaNya, sebab itu Dia tak terus tegur dengan keras. Diberi peringatan dahulu. Betapa sayangnya Allah pada kita. Selalu juga hadir di fikiran, " Allah ingat aku tak agaknya? " Kini ana jumpa jawapannya.. Jawapannya adalah, " Pasti Allah itu Ingat tap persoalannya berapa ramai yang masih ingat Allah? " Jawapannya itu biarlah kita soal iman kita..

~ Sebelum pakcik itu berkata tentang " cik abang " itu, terlintas di hati ana seorang akhi. Tika itulah Allah mendetikkan hati pakcik itu untuk melantunkan ayat-ayat tersebut.. Di saat itu, satu persoalan muncul, " Apakah dia yang aku suka itu sudah cukup baik untuk ibuku dan keluargaku? " Ana mula mencari jawapan. Dan kini ana tahu jawapannya. Terima Kasih Allah. Alhamdulillah ~

Kata-kata Syeikh Ibn Ataillah dalam Al-Hikam :
" Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimana dia akan mengembara menuju kepada Allah walhal nafsu syahwatnya masih membelenggu diri!"
Ketahuilah, melawan hawa nafsu itu perlukan MUJAHADAH, tempuhilah ia dengan ISTIQAMAH, kerana itulah jalan yang penuh SA'ADAH, walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah penyelesaian yang paling mudah.. !

Tuesday, April 26, 2011

Ampuni Kami Ibu!!

Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah, kita masih punya seorang Ibu tika ini. Andai ada dalam kalangan kita yang sudah kehilangan ibu, sedekahkan Al Fatihah buat ibu tercinta. Moga dia berbahagia disana.InsyaAllah.

Al Fatihah
~ Buat semua Ibu yang telah pulang ke pangkuan Penciptanya ~

Mesti ada dalam kalangan kita yang terbaca tentang kisah seorang ibu yang sanggup memberikan sepasang matanya kepada anaknya. Dan mungkin juga ada dalam kalangan kita yang membaca tentang bagaimana kisah seorang ibu yang memberikan telinganya kepada anak yang amat dicintainya.. Dan selepas sekian lama, ana tidak membaca kisah itu di Facebook, dua hari yang lepas, ketika ana sedang mendengar tentang IKIM.fm, ana mendengar sebuah lagu yang sedang diputarkan. Dan lagu itu sungguh menyedihkan. Diakhir lagu itu, baru ana sedar bahawa lagu itu menceritakan tentang ketabahan seorang ibu yang dikurniakan seorang anak yang malu kerna ibunya buta. Tanpa dia ketahui, mata yang dimilikinya adalah milik ibu yang tidak sanggup melihat anaknya dilahirkan buta tika kecilnya. Subhanallah..

Ibu itu insan yang paling dekat dengan kita. Kenapa? Kerna dari rahimnya kita dilahirkan. Susu yang kita minum selama 2 tahun pertama kehidupan juga milik ibu tercinta. Dalam Islam, ibu itu perlu dihormati. Dan setahu ana, tiada satu pun agama yang menyuruh anak membuang ibunya dijalanan. Tapi kini, kita dapat melihat berapa ramai anak yang sanggup menghantar kedua ibu bapanya ke rumah orang tua? Alasan?? Kerna sibuk dengan bekerja.. Tak punya cukup masa kerana anak-anak yang ramai.. Bagaimana pula si ibu yang tika kita kecil sanggup menjaga kita tanpa dia memikirkan betapa banyaknya masa yang harus dia peruntukkan untuk keluarga, mecari nafkah untuk membantu suami tercinta. Ibu itu tidak pernah merungut, malahan makin mengasihi kita.. Mungkin ada segelintir dari kalangan ibu yang terlepas pandang akan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik untuk anak-anaknya, tapi itu bukan bermakna dia tidak menyayangi kita. Tiada ibu yang tidak kasih dan cinta pada anak mereka. Mungkin mereka cuma tidak ingin mempamerkannya dihadapan anak-anak. Siapalah kita untuk menilai kasih ibu kerna dia pernah mengorbankan nyawanya untuk melahirkan kita di dunia.

Kalau kita masih punya ibu, kasihanilah dia kerna mungkin dahulu dia pernah melakukan sesuatu yang terlampau besar untuk membahagiakan anaknya iaitu diri kita yang ada kalanya sering lupa akan kehadiran insan bernama IBU itu..

Maafkan Ibu Tidak Sempurna
by
Far East

Pondok ini menjadi saksi,anjungnya bukti
Tempat ibumu dodoikan kamu
Permata hatiku

Tak pernah kami seresah ini wahai anakku
Besarkan mu mula dari
dua jari telapak kaki

Aku tahu hatimu pilu, langkahmu malu
Ibumu, isteriku tidak sempurna,
buta matanya
Di jalanan kau dihina.
miliki ibu yang buta
Resah dan marah
hingga kau lupa takdir Allah

Ketika engkau memalingkan muka
Ibumu tersenyum, katanya engkau anak
kecilnya tak cukup dewasa
Jauh dihatinya ibumu berdoa
Moga kau berubah,
agar anaknya ketemu hikmah

Susu ibumu, doa ibumu, redha ibumu
Hidupmu cemerlang, engkau disanjung
engkau dijulang
Namun sayang,
kejayaanmu dipandang ibu,
dicelah manusia yang sempurna
telahanmu
Khuatir ibu ketika itu dirimu malu,
disitu ku lihat ibumu sendu, ibumu sendu

Pondok ini menjadi saksi
Anjung ini bukti
Tempat ibumu menanti, hai permata hati
Pulanglah hai anak
ke riba ibumu
Bimbang masa berlalu
Tak sempat ketemu

Ibumu, isteriku kini dah tiada
Di hujung hayatnya sempat berkata,
"Susu yang engkau minum ibu halalkan
Dosamu ibu ampunkan"

"Maafkan ibu tidak sempurna di matamu
Biar di hina, ibu galas semuanya
Asalkan kat tak merasa"

Sudah sampai masanya
ku ceritakan rahsia
Yang ku semat di atas permintaanya
Sempurnamu anakku atas anugerah ibu
Engkau lahir ke dunia buta matamu
Ibumu, isteriku hadiahkan matanya
untukmu

Wahai sayangku, belum ku ketemu
Hikmah zuriat itu dari rahim muliamu..

* http://www.youtube.com/watch?v=ybSVR8zxnrc -----> ini link youtube lagu di atas. Jom muhasabah diri..

Monday, April 25, 2011

Kalaulah.....

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah, kita kini masih lagi bebas. Bebas?? Bebas itu punya banyak erti. Tapi buat seorang Muslim, bebas bukan bermakna ianya akan menjadi lesen untuk kita mengelak dari melakukan segala suruhan Allah SWT. Sebentar tadi, tika ana sedang membantu ibu ana melipat baju, ana pun mengambil kesempatan yang ada untuk menonton sebuah drama bersiri yang baru disiarkan di TV3. Entah kenapa, dari kali pertama ana terlihat iklan tentang drama tersebut, ana rasa seolah-olah drama itu akan memberi mesej yang mungkin susah kita nak alami sendiri. Kenapa? Kerana drama ini berkisar tentang kehidupan seorang anak remaja yang disabit kesalahan MEMBUNUH IBU KANDUNGNYA!! Buat seorang remaja yang berumur 14 hingga 21 tahun yang disabit dengan kesalahan, mereka akan dihantar ke sekolah ini.. Selepas menonton drama ini ( episod 1 ), ana sudah berasa takut. Bayangkan kehidupan disitu tidak sepi dengan pergaduhan. Kalau tertumpah air di baju sedikit sudah bergaduh.. Buli dan sebagainya.. Itu dalam drama, bagaimana pula kalau realiti?

Apa lah agaknya rasa kehidupan dalam sekolah itu? Alangkah bersyukurnya kita yang masih diluar ini. Tapi apakah kita pernah bersyukur dengan sebenar-benar syukur?? Andai ditakdirkan satu hari kita ditawarkan untuk duduk walaupun sehari di dalam sel penjara itu dan sekolah Henry Gurney itu, apakah kita masih bertahan? Ya Allah, moga kita dijauhkan dari semua itu. Amiin.. Ana tertarik dengan sepotong ayat dalam drama ini yang dikatakan oleh salah seorang tenaga pengajar kepada pelajar yang baru disabit kesalahan itu.

Cikgu : Pandai kau mengaji. Kau tahu apa maksud ayat Al Quran tu?
Daim : Tak cikgu.
Cikgu : Saya dah agak. Kalau tak, kau tak akan ada kat sini...

Al Quran dan As Sunnah. Itu mukjizat Nabi SAW yang terpenting yang ditinggalkan oleh Baginda buat ummatnya. Tapi berapa ramai dari kita yang menggunakannya sebagai pegangan hidup? Mungkin kita melihat mereka yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney itu jahat, tapi siapa tahu bila mereka sudah keluar nanti, mereka akan lebih disayangi Allah SWT berbanding diri kita yang masih bebas tapi sentiasa menjauhkan diri dari mencintaiNya... Wallahua'lam.

Sunday, April 24, 2011

Keras sangat ke hati kita?

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Mulakan penulisan dengan rasa syukur dan penuh keinsafan. Kalau selalunya kita bergelak ketawa, andai ditakdirkan Allah kalian membuka blog ini, ayuh kita memuhasabah diri. Melihat betapa kerasnya hati kita. Soalan pertama, apa yang kita rasa apabila melihat gambar ini?

Biasa?? Kenapa hati kita tak berasa sedikit pun rasa sedih, benci akan keganasan? Kenapa??? Istighfar!! Kita berkata,' aku bencikan keganasan! ' Tapi apa yang kita lakukan untuk menghentikan keganasan itu? Kadang kala, ada tikanya kita asyik dengan berkempen sana sini, tapi selepas itu??? Sunyi??? Terus berhenti??? Kenapa kita mesti jadi begitu??? Istighfar!! Kenapa hati kita seolah-olah tak mampu disentuh dengan kesengsaraan yang dialami oleh saudara seIslam kita yang lain. Mengapa?? Istighfar!!

Mari kita lihat pula gambar ini,

Bergetarkah hati kita?? Andai tidak, Istighfarlah wahai diri!! Apakah kini kita melihat kemungkaran itu sebagai sesuatu yang biasa? Istighfar!! Dan kita merasa meluat melihat mereka yang kelihatan alim? Mengapa kita kini sanggup melihat kemungkaran itu berlaku di depan mata? Kenapa???? Apakah hati kita kini sudah terlalu gelap????

Andai kita merasakan diri kita seolah tidak punya dosa, ayuh kita kembali melihat perkara yang pernah kita lakukan. Ayuh kita kembali melihat diri kita. Apakah kita pernah menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah?? Pernah??? Tanya hatimu itu!!!

Lihat, inilah akibatnya apabila kita seolah menutup mata pabila melihat kemungkaran itu!!

Ya Allah, ampuni kesalahan kami kerana kami tidak sedar betapa hitamnya hati ini. Kau lah Maha Penerima Taubat.

*Wahai hati,, Istighfarlah. Kerna mungkin kau tidak lagi bernyawa sebentar lagi. Andai kau pergi dalam keadaan kau sedang menangisi dosa-dosamu, bersyukurlah.. Tapi andai kau pergi dalam keadaan kau sedang bergembira dengan dosa-dosa yang kau tidak hiraukan?? Bergetarlah wahai hati~

~Kalau kita mampu menyanyi ketika sedang melakukan sesuatu pekerjaan, apa kata selepas ini kita melakukan sesuatu kerja itu dan dihiburkan dengan istighfar yang tidak pernah putus dari bibir, Moga dengan zikir-zikir dan lagu memuji keagungan Allah itu akan melembutkan hati kita yang kita tidak tahu masih putih atau sudah gelap diselaputi dosa. Wallahua'lam

Blog oh Blog!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Alhamdulillah, hari ni ana masih lagi bernafas dalam Bumi Allah. Dengan kesempatan yang ada, ana mengisytiharkan bahawa ana sudah ' deactivated ' account Facebook selepas 4 tahun ana berkecimpung dalam Dunia Biru Putih tersebut. Ana tak berani nak kata berapa lama ana akan deactivated. Mungkin sebulan, setahun atau sepanjang hayat?? Wallahua'lam. Mesti ada yang akan tanya, ' kenapa deactivated ni? '.. Disini ana cuma ingin mengatakan bahawa ana dah penat dengan dunia Facebook. Kadang kala, Dunia Biru Putih tu mampu buat ana terleka melebihi leka ana untuk beribadah kepada Allah. Memang iman ana tak cukup kuat, sebab itu ana mesti letakkan ketepi dahulu perkara-perkara yang nak ambil tempat di hati ana, terutamanya perkara-perkara yang tak berapa penting macam Dunia Biru Putih tu. Tapi tak dinafikan, kadang kala Facebook mampu menjadi tempat berdakwah yang bagus tau. InsyaAllah.. Kalau pandai guna, InsyaAllah, keajaiban boleh terjadi. Doakan ana terus kuat menentang pengaruh Facebook dalam hati ni.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Amiin..

Bila ana dah tak ada 'account Facebook', makanya ana hanya ada blog yang amat ana cintai ni. Ibu ana pernah mencadangkan agar ana menulis sebuah buku / novel kemudiannya diterbitkan di pasaran. Sebabnya sepupu ana yang dahulunya kelihatan senyap, macam tak punya apa-apa, sudah berjaya menulis sebuah novel CINTA. Alhamdulillah. =) Setelah difikir-fikir, ana pun mengambil keputusan yang cukup nekad bahawa ana " Tidak Akan Menulis Novel " walaupun novel Islamik. Kenapa? Sebab ana tak nak orang bosan baca perkara yang ana tulis =) Ana bukan tahu menulis cerita indah yang orang suka baca. Nanti kalau ana tertulis perkara yang tak seberapa indah, macam mana? InsyaAllah, andai takdir kehidupan ana dah dituliskan bahawa ana akan menjadi seorang penulis sementara, itulah yang ana akan jadi. Amiin.

Disebabkan masa ana yang dahulunya dipenuhkan dengan membalas ' comment ' sahabat-sahabat ana di Facebook kini sudah tiada, makanya ana pun merajinkan diri berjalan-jalan, menziarahi blog sahabat-sahabat blogger. Ada beberapa blog yang ana cukup rajin menjejaki 'post-post' terbaru mereka,, makanya ana membaca pelbagai cerita. Ada yang gembira, ada yang sedih dan ada yang penuh dengan kejutan. Subhanallah. Itulah kehidupan. Kalau dah dilakar dalam bentuk tulisan, pelbagai kerenah yang dapat kita bayangkan..

" Kadang-kadang mesej tu boleh menimbulkan keraguan! "
~ Khairul Naim ~

Kehidupan itu mungkin boleh jadi sungguh indah dan ianya akan kekal indah sehingga ke Syurga andai kita tahu menghargai dan memanfaatkannya mengikut landasan yang disediakan oleh Allah untuk kita. Bagi ana, kehidupan ini ibarat sejenis kertas kosong,putih, suci. Kalau kita pandai memilih warna yang sesuai, makanya ianya akan cukup indah. Walaupun kita tak punya bakat, tapi andai kita tahu memilih warna yang cantik dan mengikut cara yang betul, pasti kita akan temui keindahan sebuah hasil atas sebab kesungguhan. Tapi andai kita pilih warna yang dah pudar, buat bukan berlandaskan keikhlasan yang sebenar, mungkinkah hasil yang dihasilkan adalah yang terbaik? Walaupun kita punya bakat, tapi andai kita tak bersungguh-sungguh, mungkin hasil yang kita peroleh bukanlah yang terbaik kan? * Ana ni bercakap macam pelajar AED pula kan?? =)

Berkata tentang sahabat, ana harap Allah akan permudahkan urusan sahabat-sahabat ana yang akan pergi ke Kampung Keluarga Angkat kami di Parit Buntar, Perak. Terutamanya buat Head SCS. Moga dia akan dikurniakan kekuatan untuk menjalankan tugasnya. Mungkin kita tak mampu menolong dari segi kewangan kan, tapi mungkin dari segi kekuatan doa, kami boleh tolong. InsyaAllah

Doa itu senjata orang Islam

Semalam juga ana dikejutkan dengan sebuah tawaran untuk mengikuti program ' Dynamic Leadership Camp ' dibawah IGS Consultant & Management. Mula-mula ana agak tak tahu apa-apa mengenai program ni, makanya ana pun mula bertanya pada sahabat-sahabat yang lain dan melakukan ' research' di Google. Baru ana tahu consultant ni pernah menjadi salah satu penaja untuk program di kampus ana iaitu RAFEST!!Tapi untuk CFS IIUM, NILAI. Ana agak terkejut dan tertanya-tanya juga. Tapi setelah bertanya pada ibu tercinta, akhirnya ana membuat keputusan untuk tidak pergi. Mungkin bukan rezeki ana kerana ana ada majlis pertunangan sepupu tak lama lagi. Makanya ana pun memilih untuk majlis yang lebih penting. Kalau ada rezeki, mungkin lain kali ana akan terpilih lagi. Peluang itu mungkin sekali, tapi kalau Allah mengatakan ' Jadi, maka jadilah ', pasti ana akan pergi juga kan? InsyaAllah. =) Mungkin ada yang tertanya apa tujuan kem tersebut. Tujuannya untuk melahirkan mahasiswa/ mahasiswi yang menjadikan kepimpinan berlandaskan Islam dan berfikiran kelas pertama. Lebih kurang macam tu ayatnya.. Asif, ana tak berapa nak ingat.

Tak lama lagi ana akan kembali ke kampus ana di Petaling Jaya. Gembira dan sedih. Kenapa? Gembira kerna ana akan dapat kembali ke persekitaran Islamik, sedih sebab kerna tinggalkan keluarga. Ya Allah, peliharalah ibu serta adik-adikku. Amiin.. Ana akan pulang lebih awal kerna ada tugas yang menanti di kampus. Taaruf Week!! Alhamdulillah, dapat jadi committee.. Tapi sebelum pulang, ana nak lakukan kerja dakwah yang terakhir sebelum berakhirnya cuti ni. Nak tambah bekalan tabung di SANA! =) Program apa? Program di bawah :

"Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: ""Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Pertanyaan ini diajukan oleh golongan pertama kepada golongan ketiga yang melaksanakan usaha-usaha nahi mungkar. Jawab kumpulan yang ketiga, "(Nasihat itu ialah) agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab apabila disoal di akhirat kelak) kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”. Begitulah jawapan ikhlas golongan ketiga walaupun sudah jelas, golongan kedua adalah golongan yang ingkar akan perintah Allah dan sengaja melakukan perlanggaran tersebut. Tiada istilah putus asa dalam diri mereka malahan mereka terus berusaha agar ada di kalangan golongan yang ingkar ini, sedar dan bertaubat serta kembali bertaqwa kepada Allah

~Kalau orang kata dakwah itu susah,, yakinlah Allah itu ada dan Allah akan bantu kita serta permudahkan =).. Sekurangnya kita punya jawapan pabila di SANA kelak kita disoal oleh Allah, ' Apa yang telah engkau lakukan di dunia dahulu? ' InsyaAllah..

Kalau kita sendiri dalam melakukan kerja nahi mungkar, yakinlah Allah ada disisi.
Amiin

Saturday, April 23, 2011

Subhanallah =)

Ya Allah,, hebatnya ciptaanMu.. Moga kita nanti akan diberi anak soleh dan solehah.. Amiin..

* Ish,, suami pun tak ada lagi.. Takpe,, doa dulu,,, nanti Allah bagi.. Ubah diri jadi solehah dulu ye =)

Friday, April 22, 2011

Sentuh hati yang makin gelap..

Bismillah
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Alhamdulillah, hari ni sekali lagi ana merasakan keindahan hidup.. Tiap-tiap hari rasa sebenarnya, tapi makin hari makin bersyukur =) InsyaAllah.. Mulanya ana nak ucapkan ' sanah helwah ' pada sahabat ana, Akhi Uwais Al Qarni yang menyambut hari jadinya yang ke 20.. Biar tua tapi jiwa muda kan ya akhi.. Agama Islam pegangan kita, jihad tujuan kita, Syurga matlamat kan. InsyaAllah.. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup tika ada insan lain yang nyawa ditarik tika dia belum sempat merasa nikmat kehidupan seorang yang berumur 20 tahun. Al Fatihah buat semua sahabat kita yang telah pulang ke pangkuan Penciptanya.. Al Fatihah ~

Alhamdulillah juga sebab sakit belakang yang menyerang diri akhir-akhir ni beransur pergi. InsyaAllah ada hikmahnya. Apa la sangat sakit tu andai dibandingkan dengan kesakitan seorang ibu melahirkan anaknya kan.. Jangan merungut wahai diri!

Sakit itu penghapus dosa!

Ana teringat kisah seorang sahabat Nabi yang berdoa agar dirinya sentiasa diserang penyakit demam kerna penyakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Lihat betapa hebatnya para sahabat. Mereka tak merungut malahan bersyukur. Tapi kita??? Mungkin kita bukan sehebat mereka tapi kita mampu menjadi seperti mereka kan?? Kesakitan yang menimpa diri juga membuatkan ana banyak berfikir.. Sempat ke aku nak bertaubat lagi?? Kadang-kadang kita lupa, kesakitan itu peringatan buat diri bahawa mati itu pasti. Hidup ini memang boleh untuk bergembira tapi bukanlah sampai kita lupa niat atau matlamat sebenar kehidupan kita. Istighfar!! Apalah ertinya kehidupan andai tiada langsung keindahan sebuah gelak tawa. Rasulullah sendiri tidak serius sahaja dalam kehidupannya, tapi Baginda turut sama bergurau dengan para sahabatnya. Lihat!! Manusia terpilih itu sendiri tidak menjadikan dunianya hanya untuk bermasam muka... Tapi apa yang terjadi kini,, kita terlampau gembira sampaikan ada yang lupa akan tanggungjawabnya di dunia. Istighfar!!

Ana pun bukanlah jenis yang hanya tahu kerja, kerja dan kerja. Ana juga manusia yang tahu apa itu ketawa dan gembira. Indah kehidupan andai sentiasa ada senyuman diselitkan di celah-celah kehidupan tapi kadang-kala tangisan dan serius dalam pekerjaan juga perlukan??? Mungkin lepas ni kita boleh praktikkan senyuman dan kalimah SABAR dalam kehidupan. =)

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

Wednesday, April 20, 2011

Bicara Hati~

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Alhamdulillah ya Rabb..Akhir-akhir ni terlampau banyak ujian dan keindahan yang Allah berikan. Tak putus-putus hati ini berkata dan tak putus juga Allah menghantar orang untuk memperingatkan diri ini. Alhamdulillah .. Syukur.. Malam ini sekali lagi diri ini kembali berasa lelah. Ya Allah, tabahkan diri hambaMu ini.. Dakwah itu bukan mudah sayang, tetapi yakinlah Syurga itu milikmu andai kau terus tabah.. InsyaAllah.. Mengajak seseorang untuk melihat keindahan Islam itu bukan mudah terutama pabila hatinya menentang. Kesabaran perlu diletakkan di tahap tertinggi.. Ana sudah merasa malahan ana sudah mula berasa putus asa, tetapi Allah hantarkan beberapa sahabat untuk kembali menguatkan diri ini. Alhamdulillah.. Tak ramai yang sanggup menjejakkan kaki dalam medan dakwah ini, andai kita juga masih menarik diri dari medan suci ini, pasti bilangan mereka yang sanggup meneruskan perjuangan ini semakin berkurang.. Maka kukuhkan lagi langkah kita di medan jihad ini. InsyaAllah.. Takbir!! Dalam satu malam, Allah telah menunjukkan kepada ana betapa berjuang di jalan Allah itu perlu diiringi dengan ketabahan, malahan Allah turut menunjukkan kepada ana kembali betapa sakitnya rasa kehilangan orang yang kita sayangi iaitu ibu dan ayah kita. Buat adik Nazmi,, perkuatkan dirimu kerna akak sendiri pernah mengalami rasa kehilangan seorang ayah, yang selama ini menjadi tempat kita berkongsi cerita, bergelak ketawa bersama.. Rasa kehilangan bukan bermakna ia akan menghalang kita dari terus meneruskan kehidupan di dunia. Mungkin bezanya akak anak pertama dalam keluarga tetapi Nazmi anak lelaki tunggal dalam keluarga, tapi rasa yang kita alami tetap sama. Rasa kehilangan sesuatu yang amat kita sayang.. Mungkin ianya perit tapi jangan kita meratapinya kerna setiap dari kita pasti akan dipanggil pulang ke pangkuan PenciptaNya..

Ya Allah, perkuatkan hati adik Nazmi sepertimana Kau titipkan rasa tenang dalam diriku dahulu tika aku melihat jenazah ayahku dikebumikan.. ya Allah, Kau pujuklah hatinya dengan ayat-ayatMu,, kuatkan lah imannya agar dia akan menjadi si penenang pula buat ahli keluarganya yang lain yang turut sama berduka. Kau tempatkan lah ayah dik Nazmi dikalangan orang-orang yang beriman,, begitu juga dengan ayahanda ku yang tercinta.. Amiin..

Perkuatkan aku dijalan yang diredhaiMu ya Allah,
aku kini mengejar cintaMu, Bantu aku Ya Rabb..

Tuesday, April 19, 2011

Keindahan Ciptaan Ilahi

Bismillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Ungkapan syukur pada Ilahi atas segalanya.. Mulanya ana ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang ana kenal ataupun tidak kerana ana tahu mungkin ada segelintir daripada mereka yang selalu menjenguk blog yang tak seberapa ini. Minta maaf juga pada semua kerna ana asyik menukar lagu di blog. Bagi ana, setiap lagu nasyid itu punya maksud yang tersendiri. Makanya ana asyik menukar lagu. Asif kepada semua. Bercerita tentang keindahan,, rasa nya sepanjang umur kehidupan kita pun, belum pasti kita mampu menghitung setiap keindahan dan keistimewaan ciptaan Allah..

" Sesungguhnya Allah itu Indah. Dia suka keindahan. "
( Hadis riwayat Muslim )

Jika kita lihat awan yang membiru, kita akan sedari betapa indahnya ukiran-ukiran bentuk di awan yang kadang-kala mencuit hati kita. Subhanallah.. Andai kita melihat pula semut-semut halus di tanah, kita akan melihat betapa keindahan sebuah sifat kerajinan yang dikurniakan Allah pada semua semua tersebut. Subhanallah. Kita melihat pula ciptaan terhebat Allah SWT iaitu diri kita sendiri, MANUSIA!! Kita lihat anak-anak kecil yang menari riang, ketawa gembira tika sedang asyik bermain, pasti kita akan melihat sebuah keindahan ciptaan Allah yang mampu membuatkan si ibu berasa tenang, menjadikan si ayah tersenyum melihat kelibat si anak, anugerah Ilahi kepadanya. Subhanallah..
Kita sering berkata, " aku tak tenang la! aku rasa kosong! ".. Allah tak pernah ingin kita berasa kosong. Dia sering menjawab persoalan kita tanpa kita sedar.

" Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain ( tentang benar dan indahnya ), yang berulang-ulang ( keterangan, dengan berbagai cara ), yang ( oleh kerana mendengarnya atau membacanya ) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.
( Az Zumar : 23 )

Allah itu Pencipta kita, maka Dia lebih Tahu apa yang mampu membuatkan hati kita yang kosong kembali terhibur. Subhanallah. Ada juga sesetengah dari kita yang suka mengatakan " ala, diri aku ni buruk, tak cantik! " Istighfar!!! Allah itu tak pernah menciptakan sesuatu yang tak indah. Mungkin kita kurang dari segi rupa paras, tetapi mungkin kita punya keindahan akhlak melebihi dari orang lain. Allah itu Maha Adil. Tidak akan Dia ciptakan sesuatu dengan sia-sia. Siapalah kita ingin menolak pemberian Allah ini. Terima dengan redha kerna kita cuma meminjam, suatu hari nanti kita pasti disuruh memulangkannya kembali.

Berkata tentang keindahan, apa kata mulai hari ini, kita mula melihat keindahan yang terdapat dalam diri kita. Mulai tersenyum melihat wajah yang dikurniakan Ilahi lantas melafazkan rasa syukur. Andai hati dan nafsu masih berkeras dan enggan mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepadaNya,, maka ajaklah hati kita kembali melihat betapa ada mereka di luar sana yang kehidupan lebih susah, mungkin mereka sendiri masih tahu mengucapkan rasa syukur pada Allah walaupun mereka serba kekurangan. Apakah kita tak punya rasa malu terhadap golongan tersebut???? Renung-renungkan dan mari beramal =)

Kalau ni pelakon cilik paling COMEL di MALAYSIA
Subhanallah.

ni pula pelakon cilik paling COMEL di INDONESIA.
Subhanallah.

Sunday, April 17, 2011

Jom Muhasabah Diri!

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, mata ini masih ingin melihat, jari-jariku masih mahu menari untuk meluahkan rasa hati seorang insan kerdil di muka Bumi Allah. Subhanallah, Alhamdulillah.. Kalau ana menaip dipagi hari, semestinya ana ingin memuhasabah kembali diri yang kian leka dan alpa. Niat bagai melambung, tapi usaha dan tawakalnya entah kemana. Istighfar!! Entah kenapa tadi sewaktu menjenguk sebentar ke FB ( facebook ),, ana tertarik dengan sekeping gambar yang di'post' oleh sahabat ana.. Gambar yang membuatkan ana berfikir, " apakah tujuan kehidupan ini? ".. Untuk disia-siakan atau untuk dipenuhkan dengan amal kebajikan? Malam ini, ana ingin berkongsi mutiara kata yang diberi oleh sahabat-sahabat fillah ana di FB. Mungkin kita boleh kembali mengingatkan diri bahawa kita dicipta didunia ini bukan untuk berhibur sahaja. Wallahua'lam..

Apabila ditanya kepada Rasulullah SAW apakah itu dosa?
Baginda menjawab:" Dosa ialah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya"

Dosa??Siapa yang mampu mengatakan dirinya tak punya dosa?? Mungkin kita tak mampu mengatakan diri kita suci dari dosa,, tapi kita mampu mengelak dari melakukan perkara yang menyebabkan diri kita menanggung dosa. InsyaAllah.. Orang sering mengatakan " melakukan kebaikan itu pahit / susah, kerna Syurga itu manis! " Makanya mari kita bayangkan perkara yang bertentangan dengan Neraka. " Melakukan dosa itu mudah/ manis, sebab dosa yang banyak akan menjamin Neraka yang pedih! ".. Siapalah kita ingin mengatakan bahawa kita mampu bertahan walaupun sehari didalam Neraka. Jikalau kini, berada dalam bilik yang panas sedikit sudah merungut, inikan pula andai dicampak dalam Neraka yang panasnya hingga mampu membuatkan kita rasa diri kita cair akibat kepanasannya. Istighfar!!

~andai perjuangan itu mudah,pasti ramai yg menyertainya. Andai perjuangan m'janjikan kesenangan,pasti rmai tertarik padanya.tp hakikat perjuangan bkn bgitu. Turun naiknya,sakit pedihnya umpama kemanisan yg xterhingga. Andai rebah,bangkit semula. Andai terluka, ingat janjiNya!!!

Seandainya seseorang daripada kita sudah melalui jalan dakwah, bersedialah untuk menghadapi ribuan dugaan. Begitu juga pabila kita sudah berjanji, cinta dalam diri hanya milik Ilahi. Bersedialah kerna engkau akan diuji. Mungkin tika itu,, andai lemah, kita sendiri akan mengubah semuanya. Mungkin menjadi lebih teruk lagi. Wallahua'lam. Tapi andai kita kukuh dengan matlamat sebenar, pasti Allah akan melindungi kita. InsyaAllah. Takbir!Kehidupan ini bagi ana ibarat tasbih.. Butir-butir manik yang ada padanya ibarat ujian hidup. Terlampau banyak.. Tapi andai nama Pencipta itu sentiasa membasahi bibir dan beralun di hati ketika menempuh setiap ujian, pasti ketenangan akan dimiliki dan akhirnya kejayaan akan menjadi milik kita. InsyaAllah

Lemah bukan menyerah... Ujian itu Rahsia ALLAH s.w.t... Saat rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya... Kekecewaan itu perlu untuk kita berfikir, Batu sungai itu berguna mencantikkan pemandangan...

Akhirnya, mungkin kita lelah, tapi yakinlah Allah sentiasa melihat apa yang sedang kita kerjakan. Yakin denganNya. InsyaAllah kau akan miliki kebahagiaan dunia dan akhirat,,.,

“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “ , ( Adz-Dzariyat 51:56 )

kenangan Itu =)

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang..

Kehidupan ini penuh dengan " KENANGAN "

Akhir-akhir ni baru ana sedar yang hidup ini dihiasi dengan kenangan. Mungkin kenangan pahit atau ada juga yang manis. Kalau dulu kenangan SCS dan disusuli BAKTISISWA, kini ana dihimpit kenangan ABJZ. ABJZ atau " Anda Bijak Jauhi Zina " telah dijalankan di Puasat Pemantapan Akidah, Jelebu, Negeri Sembilan. Niat cuma satu.. Memenuhkan bekalan di akhirat kerna ana tahu Izrail sentiasa menjenguk diri ini.. Berhadapan dengan para peserta yang digelar " putera " untuk muslimin dan " puteri " untuk muslimat membuatkan hubungan itu terasa erat. Ditambah pula pabila ana dan rakan-rakan Fasilitator yang lain menggunakan gelaran " Sis " dan " Bro " dihadapan nama panggilan masing-masing.. Putera dan puteri yang hadir adalah dalam kalangan yang ada sedikit masalah dalam menghadapi masalah kehidupan. Tapi itu bukan bermakna mereka lemah kerna mereka lebih terbuka. Ana ditakdirkan menjadi Fasi buat kumpulan yang terakhir malah yang paling sedikit ahlinya. Hanya 8 orang. Kumpulan Puteri.. Tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Walaupun kumpulan itu sedikit, tapi ujiannya besar. Ana pula cuma sedar ujian itu pada hari ke 2 program. Mungkin ada hikmahnya. Penat? Ya,, ana penat tapi ana cukup puas kerna ana tahu tabung ana untuk bekalan di SANA nanti sudah ada isinya. Mungkin tak banyak,, tapi ana akan sentiasa menambahnya. InsyaAllah..

Buat " Housemates " ana, kalian memang " the best! " Sis Jaja dengan nasihat yang tanpa putus membuatkan ana sedar Allah sentiasa ingin mengingatkan diri ini. InsyaAllah. Adik-adik junior yan hebat dalam medan dakwah, teruskan langkah kaki di jalan yang diredhaiNya ini. Moga kita akan mendapat keredhaanNya nanti. InsyaAllah.

Buat Sis Sally, thanks sangat sis. Banyak bagi peringatan malah teguran. Lawak jenaka yang sentiasa meniti membuatkan kami terhibur walau penat bekerja. Coach yang TERBAIK!! Takbir!!Jumpa next program.. InsyaAllah~

Buat Kapten, Bro Hadi.. Maaf andai banyak kesilapan semasa program dan maaf juga sebab ada kalanya macam berahsia.. Buat Faiz,, sorry sebab comment yang terlampau ikhlas masa last program. Bukan tak suka kerja dengan Akhi Faiz, cuma nak bagi pengalaman pada orang lain untuk merasakan nikmat bekerja dengan orang hebat seperti enta. InsyaAllah..Buat Buddy ana, Bro Fairuz,, tu je yang mampu saya tolong. .. Masih belum biasa.. Next program, insyaAllah.. Bro Syamil, syukran,, banyak menyetuh hati yang gersang =)

Photobucket

sYukRan ABJZ..
KITA JUMPA LAGI NEXT MISSION!

Saturday, April 16, 2011

kaHwiN?? Betol ke?

Bismillah
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang..

Alhamdulillah, kita masih merasakan kasih sayang Allah. Bagaimana? Kerna Allah tak menarik nikmat pernafasan yang diberikan percuma ini. Subhanallah. Berkata tentang perkahwinan, mesti ianya dikaitkan dengna percintaan. Tapi apakah menjadi kewajipan untuk berCINTA terlebih dahulu sebelum melangsungkan sebuah PERKAHWINAN? Bagi ana, jawapannya " TIDAK! ". Perkahwinan yang kemudiannya diiringi kasih, dan dituai dengan cinta kerana Allah, itu lebih manis. InsyaAllah. Itu hanya pendapat peribadi, mungkin sahabat yang lain ada pandangan yang tersendiri.. Mungkin kita boleh berkongsi. Ana tahu pabila kita berkata tentang perkahwinan, kebanyakan dari kita akan mengukir sebuah senyuman. Mungkin ada juga yang mukanya berubah warna. Mungkin kerana malu atau sebaliknya. Wallahua'lam.. Bagi diri ana,, perkahwinan ini punya matlamat. Bukan untuk melahirkan zuriat semata, bukan kerna desakan nafsu semata.. Perkahwinan perlu direnung dahulu, apakah niat sebenar kita mengimpikan sebuah perkahwinan.

Ada juga yang berkata, " ala, berkahwin awal nak buat apa? Sekarang kejar kerjaya dulu! " Itu situasi yang sering terjadi pada zaman sekarang. Bukan lah ana ingin mengatakan kita perlu berkahwin awal, tapi andai ada yang sudah mampu untuk melakukan sunnah Rasulullah SAW yang satu ini, mengapa harus dilengahkan? Mungkin buat mereka yang teringin untuk berkahwin tetapi punya masalah kewangan dan sebagainya, niat itu perlu ditangguh dahulu hingga benar-benar yakin mampu kan, Tapi andai sudah cukup segalanya, kenapa mesti ditangguh lagi? Itu yang ana terfikir pabila ana melihat kebanyakan manusia kini lebih mementingkan kerja dari perkahwinan. Istighfar!!

Andai perkahwinan telah dijalankan, pasti Zauj dan Zaujah punya tugas mereka yang tersendiri. Si Zauj mestilah memastikan Zaujahnya mengikut landasan Islam yang sebenar. Disini kita mungkin boleh merenung sebentar hakikat sebenar. Berapa ramai dalam kalangan kita kini, si suami merelakan si isteri membuka auratnya yang sepatutnya ditutup rapi pada hari pernikahan mereka. Ana cukup sedih pabila melihat situasi dimana, disaat ingin diijabkabulkan, si pengantin perempuan bertudung litup, tetapi pabila di majlis persandingan, dibiarkan rambutnya dibuka menjadi tatapan semua yang hadir. Istighfar!! Ana ingin bertanya, apakah itu matlamat sebuah perkahwinan? Menayang tubuh dengan keadaan suami REDHA akannya???

Islam melihat perkahwinan sebagai satu daripada fitrah manusia. Setiap manusia perlukan teman hidup yang dapat mententeramkan jiwa dan berkongsi suka dan duka. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan
(ar-Rum: 21)

Mungkin masyarakat kurang sedar akan ini, makanya ayuh kita menjadi generasi yang kembali membuka mata masyarakat bahawa perkahwinan itu adalah salah satu jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah,Pemilik serta Pencipta Cinta. Ayuh kita kembali kepada niat sebenar kita memilih untuk berkahwin dengan si ' dia '. Adakah kerna kecantikannya, kebijaksanaannya atau akhlak dan agamanya yang pastinya menjaminkan bahagia yang kekal hingga ke Syurga. InsyaAllah..

~ Buat yang belum berkahwin, ini sekadar perkongsian kerna satu hari nanti kita akan menempuh zaman itu juga. insyaAllah. Cinta Allah dahulu =)

Photobucket

Terima kasih ya Rahman =)

Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

" Sungguh Aku lebih Mengetahui! "

Kalau kita buka lembaran Al Quran, kita akan temui beratus-ratus ayat diatas.. Allah lebih Mengetahui atas apa yang dilakukanNya keatas para hambaNya. Itulah yang terjadi pada ana.. Selepas diuji dan diuji lagi, hinggakan ana hampir berputus asa, Allah menghantarkan sesuatu yang indah buat ana. Yang mengubah diri ana, mengubah cara pemikiran ana, mengubah semuanya. Alhamdulillah. Disaat ana merasakan masalah ana adalah yang paling berat di dunia dan tidak ada jalan penyelesaiannya, Allah menunjukkan kepada diri ini bahawa ada adik yang umurnya lebih muda dari ana yang punya masalah yang lebih besar.. Andai masalah itu terjadi pada diri ini,, ana tak tahu apakah ana masih mampu ketawa riang tika ini. Pabila Allah menghantar ana, membuka hati ini kembali melihat keindahan dunia tapi dalam keadaan muhasabah diri,, ana rasa seolah diri ini sedang berbual mesra dengan Pencipta diri ini. Alhamdulillah.. Berkata tentang masalah, ana mengaku akhir-akhir ini ana diuji dengan CINTA!! Andai cinta itu hanya kerana wajahnya, ana tak kisah,, ana yakin ana mampu mengelaknya kerna ana boleh merujuk hadis-hadis.. Tapi pabila ana mula jatuh cinta dengan agamanya,, ana rasa seolah tidak punya jawapan. Akhirnya Allah tunjukkan pada ana yang setiap persoalan pasti punya jawapan. YA!!! Akhirnya ana sedar, walaupun agamanya menarik hati ini, tapi andai disaat Allah menetapkan takdir kehidupan diri ini, Dia telah menetapkan bahawa seseorang yang lain lebih berhak keatas diri ini,, dia yang hebat agamanya pun tak akan mampu memiliki diri ini.. Istighfar!!! Yakin dengan janji Tuhanmu.. Dia lebih Mengetahui =)

Berkata pula tentang ukhwah.. Ya,, dalam masa Allah menunjukkan pada ana bahawa cinta dunia bukan segalanya, Dia turut mengikat hati ana dengan hamba-hambaNya yang hatinya telah disentuh lembut oleh beberapa Khalifah hebat yang ana kenal baru-baru ini. Alhamdulillah! Takbir!! Sungguh ana rindukan adik-adik ana yang berada di Jelebu.. Moga Allah terus menjaga hati mereka.. Moga mereka tak terus leka dengan janji dunia tetapi lebih memikirkan kendahan akhirat itu sendiri.. InsyaAllah..

Kini ana kembali tenang. Ana tahu Allah itu sedang menjaga diri ini.. Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Rahman =)

* Buat sahabat-sahabat ana yang bertanya,, ana minta maaf sangat.. Ana sedang muhasabah diri kembali.. Minta Maaf ye semua.. Syukran atas perhatiannya.. Allah sahaja yang dapat membalas kasih sayang kalian.. insyaAllah =)

Sunday, April 10, 2011

Penat ke Dakwah tu?

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Mulanya mari kita lafazkan rasa syukur pada Allah SWT kerna memberi kita segala kemewahan dunia, mungkin Dia memberikan kesenangan itu semasa kita tidak sedar kehadirannya. Wallahua'lam. Kenapa ana tulis tajuk post kali ni " Penat ke Dakwah tu? " Sebabnya cuma satu, kadang-kadang kebaikan yang kita ingin lakukan lebih cepat dilanda rasa penat, sedih dan pelbagai rasa negatif. Kenapa? Mungkin kerna syaitan sedang menghasut kita agar menjauhi kebaikan dan memenuhkan waktu kita dengan perkara yang melekakan.. Ana teringat seorang ustaz pernah bertanya,,

Ustaz : Kalau antum semua hilang kunci bilik, bila waktu antum akan ingat balik kat mana letaknya kunci tu?
Pelajar : Tak tahu la ustaz, time termenung kot.
Ustaz : Bukan. Antum akan ingat time antum solat!

Apa pengajaran yang kita dapat dari kisah ni? Tanya pada diri. Syaitan itu sentiasa membenci pabila kita ingin melakukan kebaikan semata kerana Allah SWT. Ana sendiri pernah dilanda rasa penat yang melampau pabila mula berniat ingin melakukan kerja dakwah. Penatnya kadang-kala membuatkan ana berfikir dua tiga kali tentang kerja dakwah itu. " Patut ke aku pergi? " "Kalau tak pergi pun takpe kan?" Kenapa pabila kita ingin melakukan kerja dakwah Islamiah itu, rasa penat itu mudah sangat menjenguk diri, tapi pabila pergi konsert artis terkenal,, lambat betul penat, atau mungkin tak penat langsung! Astaghfirullah!!! Kenapa kita sering menjadikan diri kita alat mainan syaitan padahal kita sudah membenci makhluk terlaknat itu!!

Syaitan itu lawan, bukan kawan!

Ana sering melihat sahabat-sahabat fillah ana yang sering melibatkan diri dalam kerja dakwah. Alhamdulillah, walaupun ada kalanya ujian yang datang terlampau berat, tapi itu bukan bermakna kita harus mengalah. Walaupun kita sedikit bilangannya, tapi kita masih punya Allah disisi kan? InsyaAllah.. Jika Allah disisi, ana yakin, yang mustahil pasti boleh dilaksanakan. InsyaAllah. Mungkin akan ada yang berkata, " ala,, ustaz dan ustazah la yang berdakwah, kami ni tengok je ,, ok la tu! " Baik, mari kita jenguk sebentar ayat-ayat Allah tentang dakwah,,

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar; merekalah orang yang beruntung.” (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Firman Allah SWT lagi bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)

Allah SWT memberi amaran keras bermaksud: “Wahai orang yang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, ayat 6)

Oleh itu, ayuh kita sama-sama berdakwah. Tak kira la kita ni ustaz atau tidak, tugas dakwah itu milik semua kerna kita adalah Khalifah! InsyaAllah..

*Esok ana kena pergi program ABJZ. Doakan kejayaan kami semua. Syukran. InsyaAllah
*Baksis 2 dalam perancangan. Ana harap semua dapat pergi especially SCS. Amiin..

Friday, April 8, 2011

Muslimah pilihan Ilahi

Bismillah
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Alhamdulillah atas segala nikmatMu ya Rabb. 2 hari ni ana seolah-olah ter'addicted' dengan blog. Macam-macam pula yang ana ubah, sampaikan ana terlebih masa kat blog berbanding belajar. Astaghfirullah. Moga Allah jauhkan penyakit leka dari kita semua. InsyaAllah. Entah kenapa malam ni ana asyik terfikir sahabat-sahabat muslimah ana di luar sana. Ana bukanlah mereka yang baik, penuh ilmu agama di dalam dada, tetapi malam ini tiba-tiba ana rasa khuatir, risau akan semuanya. Terutamanya sahabat muslimah ana. Tidak kira ana kenal atau tidak, semua manusia ciptaan Allah itu adalah saudara ana. InsyaAllah. Makanya ana perlu merisaukan keadaan setiap dari mereka. Kenapa mesti ana risau? Kerna ana sering melihat, kebanyakan kaum ana ( muslimat ) kini seolah-olah menganggap Islam itu cuma agama di dalam IC. Langsung tidak dijadikan landasan dalam kehidupan. Apakah kita langsung tak punya rasa gentar akan ancaman Allah kepada hambaNya yang mungkar?

"Dan tempat mereka adalah Jahannam, sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan."
( SURAH AT TAUBAH : 95 )

Pembuangan bayi kini seolah-olah menjadi tabiat / hobi. Apa yang memalukan, bukan kaum sebarangan yang banyak melakukan kerja terkutuk ini, tetapi kaum Islam, yang amat dikasihi Rasulullah SAW. Kenapa sanggup kalian lakukan kerja itu? Buat wanita yang sanggup membunuh anak yang telah Allah ciptakan dalam rahimmu itu, ana mahu bertanya, dimanakah firasat seorang ibu dalam hati kalian? Dimanakah rasa belasmu pada anak kecil itu? Mungkin dia anak hasil hubungan tidak halalmu, tapi itu bukan bermakna, dia perlu menanggung seksa atas kesalahan yang kau mulakan terlebih dahulu.
Ana semakin risau apabila ana melihat kaum Hawa kini seolah sanggup dirinya menjadi perbualan kerana kecantikan rupa malah tubuhnya. Seolah ayat-ayat pujian itu mampu membuatkan dirinya disanjung sepanjang hayatnya. Sungguh ana risau kerna ana juga punya adik perempuan, ana juga punya sahabat perempuan, dan ana tak ingin semua ini terjadi atas diri mereka, dan ana tak pernah ingin sebarang perkara buruk terjadi pada kaum Hawa.Andai dulu, wanita itu perlu menjadikan ' malu ' sebagai pakaian buat dirinya agar dia lebih dihormati, tapi kini malu itu seolah ditolak ketepi. Ana tahu, kini adalah zaman wanita perlu seiring dengan lelaki, tetapi itu bukan bermakna sifat malu perlu diluputkan dari diri. Wanita Islam itu juga pernah gemilang satu saat dahulu, sebagai contoh Khadijah r.a, Fatimah r.a, Siti Aisyah r.a dan sebagainya. Tetapi tak pernah mereka membuang sifat malu yang menjadi pelindung buat seseorang wanita. Mungkin nukilan ana tak mampu menyentuh hati kalian, tapi ketahuilah, wanita itu Istimewa, dan Rasulullah dahulu sudah bersusah payah menaikkan martabat wanita Islam. Maka janganlah kita menjadi asbab kepada jatuhnya martabat wanita Islam itu satu masa nanti..

Wanita itu ciptaannya istimewa,
dijadikan dari rusuk seorang lelaki yang menjadi penghuni pertama Syurga Ilahi.
dirinya penuh kesucian,
andai kesejukan wudhuk sentiasa membasahi diri.
dirinya makin berharga,
andai Al Quran dijadikan pegangan dalam kehidupan.
Wanita itu cukup halus,
kerna kehalusannya, dia dikagumi,
kerna keberaniannya, dirinya dipilih untuk melahirkan para Khalifah di Bumi.
Saat diuji,
wanita itu mengerti bahawa dia punya tempat istimewa di Firdausi.
Wahai wanitaku,
percantikkan dirimu dengan agama suci ini,
jangan kau jadikan cinta dunia itu sebgai matlamat hidupmu,
kerna ia bukanlah segalanya.
Andai kau mengerti setiap bait kataku ini,
ketahuilah kita punya Allah sebagai pelindung,
Kekasih yang sentiasa mencintai kita selamanya.
InsyaAllah

Thursday, April 7, 2011

Ya Allah, aku rindukan dia..

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Menciptakan Rasa Kasih dan Cinta dalam diri ini.

Alhamdulillah, ana masih diberikan nikmat sebagai seorang Khalifah di muka bumi. Pagi yang sunyi membuatkan hati ana mula merindukan dia. Agamanya sudah cukup membuatkan ana jatuh cinta. Ana tahu dia lengkap segalanya, malahan ramai yang turut menyayangi dirinya. Ana tak punya apa-apa andai dibandingkan dengan wanita lain yang turut mencintai dirinya. Hidupnya yang sederhana membuatkan hati ana makin terpaut. Membuatkan ana rasa rindu sepanjang masa. Siapakah lelaki hebat itu? Dia adalah.... Rasulullah SAW.. Malam ini, ana mahu mengajak sahabat-sahabat ana, mari kita kembali ke zaman gemilangan Islam dahulu, tika Rasulullah masih ada di samping sahabat-sahabat baginda untuk sama-sama berjuang menegakkan agama.

Kehidupannya bermula dengan kehilangan ayahanda tercinta. Si kecil yang sepatutnya mendapat kasih sayang dari ayah dan ibu sejak kecil itu cuma mempunyai cinta ibu. Kehidupannya langsung tidak dikelilingi kemewahan dunia. Tapi itulah yang mengajarnya erti hidup sebagai seorang yang tahu erti pengorbanan. Disaat remajanya, dia tidak pula membiarkan nafsu menguasai dirinya, tapi dia terus bekerja, berdagang sehingga bertemu jodohnya bersama Khadijah ra. Akhlaknya, keikhlasannya membuatkan dirinya lebih dihormati. Apabila dilantik oleh Allah untuk menyampaikan ajaran Islam pada seluruh umat manusia, dia tidak mengeluh apatah lagi mengutuk atas amanah yang diberikan. Dalam perjuangan, dia tahu Allah itu sentiasa bersama. Walaupun dikutuk, dicaci, diancam bunuh, tapi itu bukan bermakna, kalimah لا إله إلا الله perlu disembuyikan malah diabaikan. Kehilangan zaujah tercinta tidak menghalang diri baginda untuk terus menyebarkan dakwah kerna dia tahu Allah itu Ada bersamanya. Selepas jutaan ujian ditempuh, akhirnya Islam itu berjaya disebarkan, tetapi tika itu Allah sudah mengutuskan Izrail untuk menjalankan tugasnya. Menjemput kembali kekasihNya, Muhammad SAW untuk kembali pulang ke pangkuanNya. Disaat itu, menangis si puteri tercinta tak mampu menghalang takdir yang telah ditetapkan. Di saat nyawa di penghujungnya, bukan kalimah cinta kepada Aisyah mahupun Fatimah yang dikata, tetapi " Ummati, Ummati, Ummati ".. Itulah kata yang membasahi bibir manusia terpilih itu. .

Tapi lihatlah diri kita kini. Apakah kata cinta kita kepada Rasul Allah itu benar dari lubuk hati atau ia cuma mainan lidah yang akan dilupakan? Kita melaungkan kata cinta pada kekasih Allah itu, tapi pabila kita diuji, tak pernah kita kembali kepada Al Quran dan As Sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda. Mungkin kini, Rasulullah sedang memerhatikan ummatnya, dan mungkin baginda sedang menangis pilu melihat kita makin leka dari sehari ke sehari. Seolah-olah peringatan yang Allah berikan cuma dipandang tanpa diambil sebarang pengajaran daripadannya. Wahai diri, sedarlah, umurmu cuma sebentar. Jangan difikir tentang dunia semata, kerna mungkin dalam sesaat lagi kau akan kehilangan dunia dan bersiap untuk menempuh perjalanan yang panjang di alam barzakh sebelum engkau dihitung amalanmu dan seterusnya di mana tempat tinggal mu buat selamanya. Syurga atau Neraka.....

Demi hidupmu, kekayaan tidak ada gunanya.
Ketika nyawa mahu keluar dan dada sesak.
( ucapan Siti Aisyah pada saat Abu Bakar sedang nazak. )

Tuesday, April 5, 2011

Satu tuntutan atau penyeksaan?

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Dengan rasa cinta, mari kita panjatkan rasa syukur pada Allah atas segala nikmat yang telah diberikanNya kepada kita. Alhamdulillah. Sebentar tadi, ana telah menjenguk beberapa laman web sosial yang ana adalah salah seorang ahlinya. Dan ana tertarik dengan satu tajuk perbincangan, lalu terlintas di hati ana untuk menulis tentang isu ini di blog. Isunya tentang Tudung, tapi bukanlah tudung bawal atau tudung serkup yang biasa, tetapi ini tentang isu tudung labuh. Kebetulan petang tadi, ada seorang adik yang bertanya kepada ana tentang cara pemakaian di kampus ana. Pada pendapat ana, adik yang bertanya ini berminat untuk belajar di kampus ana, tetapi mungkin kerana nama kampus ana yang agak Islamik, makanya dia tidak bersedia kerana dia beranggapan dia perlu bertudung labuh nanti. Moga hatinya terbuka untuk berpakaian mengikut cara yang telah diajar oleh Islam. InsyaAllah. Secara peribadi, ana merasakan isu bertudung ini perlu dipandang serius oleh semua pihak termasuklah MUSLIMIN / LELAKI !!! Mungkin akan ada yang berkata, " ala,, yang pakai tudung perempuan, bukan lelaki, so,, what i care! " Baiklah, wahai Muslimin sekalian, apakah engkau bangga andai isteri yang kau cintai menayangkan rambutnya, mahligai indahnya itu pada lelaki ajnabi yang lain? Apakah kau suka melihat ibumu, adik perempuanmu terus menerus tidak menutup salah satu auratnya itu? Andai kau rela, dimanakah rasa kasihmu kerana mungkin satu hari nanti kecantikan rambut mereka itu menjadi asbab mereka dirogol oleh lelaki lain yang bernafsukan syaitan diluar sana! Sungguh aku bersimpati buat dirimu yang merelakan semua itu terjadi kepada mereka yang kau lafazkan kata cinta..

Allah berfirman :
Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh badan mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.

Andai ada yang berkata, " ala, panaslah pakai tudung labuh ni, janji tutup rambut sikit dah la. " Baiklah, mungkin muslimat yang berkata sedemikian sudah bersedia untuk berenang di lautan Neraka Jahanam yang lebih panas dari kepanasan dunia. Tapi andai kita belum mampu menghadapi kepanasan dunia, janganlah kita berkata besar seolah-olah kita mampu menghadapi kepanasan NERAKA Allah yang teramat panas. Bertudung labuh itu tidak memanaskan tetapi ia adalah penyelamat, pelindung diri andai kita benar-benar mengerti dan ikhlas melakukannya kerana Allah SWT. InsyaAllah. Bagi ana, seorang wanita yang bertudung litup mengikut syariat Islam itu lebih indah. Kenapa? Kerna keindahannya disembunyikan buat Zauj pilihan Allah. Keindahan rambutnya hanya buat suami yang halal untuknya.

Yang Tertutup Itu Indah
~ Fatimah Syarha ~

Mungkin ada juga yang berkata, " aku dah pakai tudung / selendang, ok lah kan? " Ayuh rakan-rakanku sayang, kita ingat semula bagaimana cara pemakaian seorang wanita Islam yang pernah diajar oleh ustaz / ustazah kita dahulu.
  1. Haram memakai pakaian yang jarang / nipis hingga menampakkan aurat
  2. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan susuk tubuh / bentuk tubuh badan
Allah berfirman:
" dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram ) dan memelihara kehormatan mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
( SURAH AN-NUR; 31 )

Makanya, tudung sahaja tidak cukup untuk menjanjikan Syurga Allah. Andai kita bertudung, tetapi tudung itu jarang, tidak menutupi bahagian yang sepatutnya ditutup seperti bahagian dada dan leher, ianya masih tidak mengikut cara yang sepatutnya. Andai kita bertudung tetapi pakaian kita masih lagi ketat, apakah tudung sahaja mampu menutup diri kita yang masih diselubungi dengan pakaian yang seolah-olah menunjukkan betapa cantiknya ukuran badan seorang wanita? Ana tahu, ada juga yang berkata, " alah,, pakai je tudung labuh, entah-entah sorok perut! Kami yang tak pakai tudung ni tahu juga buat baik, tak semestinya bertudung labuh, hati tu baik! " Wahai kekasihku, sahabat yang aku ingin sentuh jarinya di Syurga kelak, mungkin hati seorang wanita yang bertudung labuh itu tidak kita ketahui baik atau buruk tetapi sekurang-kurangnya dia sudah mula berpakaian mengikut apa yang diajar oleh Islam. Tetapi dirimu, masih alpa, terus berkata tentang buruknya hati tanpa kau memulakan langkah perubahan dalam kehidupan. Andai si pemakai tudung labuh itu punya hati yang buruk, maka apa yang kau ingin perkatakan kepada mereka yang tidak bertudung, mewarnakan rambut, bahkan sanggup berpakaian ketat hinggakan lelaki diluar sana tidak terkawal nafsunya? Apakah wanita seperti itu punya hati yang baik pada pandanganmu, atau hati mereka sudah digelapkan Allah SWT??

Allah menyuruh kita berpakaian longgar, bertudung labuh bukan untuk menghalang kita berfesyen, tetapi ia adalah untuk melindungi kita dari fitnah dunia yang sementara.Ana tak suruh kalian memakai tudung labuh seperti telekung (bak kata sesetengah orang ) tetapi cukuplah sekadar menutup bahagian yang dituntut oleh Islam. Andai kalian melabuhkannya lagi,, itu adalah lebih baik bagi dirimu, yakinlah!! Pakaian Islam itu bukan ingin menampakkan kita kolot atau ketinggalan zaman kerna pakaian yang sopan dan mengikut syariat Islam itu adalah lambang betapa mahalnya harga wanita Islam yang tersembunyi kecantikannya. Hanya yang benar-benar layak akan dapat memiliki seterusnya melihat keindahan yang selama ini disembunyikan dan dihiasi dengan perasaan malu yang menebal dalam diri.InsyaAllah..

Buat Muslimin, walaupun nukilan ini ana lebihkan buat kaum ana, tetapi bukan bermakna ana ingin diri kalian pula terus leka. Ingatlah bahawa setiap lelaki dan perempuan itu punya aurat.. Andai kalian menjaga diri kalian, pasti kalian juga akan mendapat seorang yag turut menjaga dirinya. Ingatlah,, tuntutan menutup aurat itu bukan hanya untuk wanita bahkan ia turut untuk kalian. Tetapi ia ditekankan kepada perempuan kerana dirimu hanya punya satu nafsu iaitu kepada kaum Hawa! Tapi itu bukan tanda Allah ingin kalian alpa tentang penjagaan aurat kalian. Mungkin kalian melihat hal ini remeh, tapi ingatlah tiada yang remeh dalam Islam. Allah itu Maha Mengetahui berbanding kita yang tidak mengerti.. Wallahua'lam.

Sabda nabi s.a.w;
"Sesiapa yang memakai pakaian untuk kebanggaan di dunia, Allah s.w.t akan memakaikannya dengan pakaian kehinaan di hari qiamat, kemudian dibakar dengan api neraka"
(riwayat Ibnu Majjah)

Allah sudah memberi tahu Nabi Muhammad s.a.w supaya berpesan dan menyuruh isteri dan anak2nya melabuhkan tudung mereka..
dan antara kebaikannya... " mereka akan ditakuti oleh lelaki yg tidak baik"

memang jelas dan terbukti kenyataan Allah itu Benar..

kerana sy telah buat kajian.. ^_^
mari kita sama2 renungkan..

CONTOH 1:
melihat perempuan yg berpakaian seksi/tidak menutup aurat/ketat/menghairahkan

lelaki baik: MasyAllah!...
lelaki kurang baik: Fewit.. boleh ayat nie
..

CONTOH 2:
Melihat perempuan yg bertudung labuh/menutup aurat..

lelaki baik: Alhamdulilah, sejuk mata memandang..
lelaki kurang baik: Sekali ustazahla..

lihat dan renung.. ini sbgai satu contoh kecil dan ringkas.. tanggapan mereka amat berbeza.. dan memang BENAR kata Allah s.w.t ..
maka.. anda yg masih ragu2 untuk bertudung labuh/memelihara aurat..
adakah masing kurang yakin?..
^_^ ..
jgn risau..
baik pasangan yg baik.. insyAllah.

Andalah yg memilih jalan dan keselamatan anda wahai kaum perempaun..
renung2kan semua..
wassalam.Wink maafkan sy andai ada yg tersilap.. wallahualam